Monday, October 10, 2011

Dunia baru di Bumi Mesir


Salam semua! 

Sihat kah? Bahagia kah? Harap korang semua sihat, ceria dan diberkati Allah selalu :)

Hari ni nak cerita pasal kehidupan baru aku dekat Mesir. Sejak aku berhijrah ke Bumi Anbiya dan Firaun ni, ade banyak perkara baru yang aku jumpa. Betu lah pepatah, luas perjalanan banyak pengalaman. Betul ke salah eh? Sort of la kan. Ade banyak pengetahuan baru yang aku dapat. So tak kan nak simpan semua sorangsorang kan? Dengan murah hati, aku nak share dengan orangorang yang sudi nak membaca coretan hidup aku nih. Hee

        
Bak kata senior, dekat Mesir tak payah susahsusah nak pergi zoo, tengok tepi jalan pon dah boleh.
Haha sangat best and excited dapat tengok haiwan tepi yang kongsi jalan dengan kereta ni :)



Dekat sini ade banyak pokok yang diukir dengan nama Allah :)


Depan Masjid Badawi. Seronok bila dapat solat dalam ni :)

Bergambar depan Department Perubatan dengan classmate :)

Orang dekat sini sangat selamba angkut barang atas kepala walaupun sangat berat, especially perempuan. Dan kitorang sangat pelik macam mana boleh stabil? -.-

Dorang dekat sini banyak buat kerja manual.
Sampai panjat pokok nak potong daun pun tak pakai mesin.
Tinggi wooo!

So entry kali ni sampai sini je la eh. Nak save masa sebab banyak lagi post menanti untuk di type. Masa itu emas dan petroleum bagi aku okay? Haha. InsyaAllah aku akan cuba untuk selalu update, supaya family dan kawankawan Malaysia boleh tau perkembangan aku di perantauan ni. Walau se simple mana pun entry, akan aku usahakan untuk update jugak.. InsyaAllah..


Last but not least, ni antara moment dengan housemate & kawan yang rapat berlatar belakang kan sawah di Tanta Mesir. Ada cerita kelakar disebalik gambar ni. Tapi tak payah cerita kot. Haha. Hope this friendship last forever sampai syurga. InsyaAllah <3


Tuesday, September 27, 2011

Checklist

Salam semuaaaaa :)

Sihatkah masingmasing? Terasa macam sangat lama tak menulis. Rindu MirazaliE :') Masa menaip ni sebenarnya dah sebulan selepas tarikh sebenar di post. Tapi sebab nak post ikot kronologi peristiwa sebenar, tak de lah post ikot date berkurun blog ni tak di isi. Hee

So nak ceritacerita hal mengemas begbeg untuk bertolak ke Mesir, bakal rumah untuk 6tahun akan datang, InsyaAllah.. So lepas dah lama fikir ape nak dibawa, akhirnye bila dah last minute, barulah siap packing. Itupun dah pagi sebelum bertolak pun ade fikir lagi ape yang patut dibawa or  tak patut. Itu lah kalau dah selalu sangat buat kerja last minute. HAHA. Harap lepas ni boleh buang tabiat buruk ni. InsyaAllah :)

Inilah barangbarang nye:

PAKAIAN:

10 baju kurung - Tu pon banyak lagi yang terpaksa ditinggalkan. Sedihhh
1   jubah           - Bawak yang paling disukai dan selesa dan lawa. Hee
5   t-shirt           - Sebelum bertolak beli berhelaihelai tapi muat sikit je. Tak sukeeeee
5   blouse          - Termasuk 1 yang pakai masa bertolak. Haha
1   labcoat         - Ini wajib bawak wooo
2  seluar slack   - Bawa yang baru dan best. Haha
3  seluar track   - Nak menangis kena tinggal yang lamalama sedapsedap dipakai. Sob2
3  seluar jeans   - Ni pon 1angka tu termasuk yang dipakai masa bertolak.
1  telekung        - Bawak yang mama saya beru belikan. Thanks mama <3
4  tudung bawal - Bawak colour yang mudah matching. Senang hidup. Haha
6  shawl             - Lagi belasbelas helai tu menangis terpaksa ditinggalkan. Waaaaaa :'(
1  selipar           - Senang nak keluar masuk rumah
1  snicker          - Bawak satu je, tu pon yang buat pakai masa berlepas, yang lain tinggal :'(
1 kasut formal   - Bawak sebab dah beli & takut tinatina kena pakai tak de pulak

ALAT TULIS:

1  kotak pensel kayu
1  pencil box
1  pemadam
1  gunting
1  gam
6  highlighter berbeza colour
6  parmenent marker berbeza colour
6  pen merah biru hitam
1  kotak paper klip
1 kotak map pin
1 set kertas colourcolour
1 set sticker note
1 stapler
1 saletap
5 fail pelbagai colour
1 kalkulator
3 pendrive
1 set colour LUNA 36 batang berlainan colour

HIASAN:
3 eyeliner  - Aku pakai ni je, yang blusherblusher semua takde okayyy
1 lipbalm   - Mesir sangat panas dan kering, so ini sangat memerlukan
1 vaseline  - Ini sangat membantu untuk kulit kering
15 brooch - Bawak banyak tapi banyak jugak yang akhirnye tercabut2. Nasib baik banyak spare -.-
3 cincin     - Ni bawak je tapi tak pakai sangat pun
3 rantai     - Ni pun sekadar bawak tapi tak dipakai. Haha
3 jam        - 1adik punya, 1adik bagi & 1ayah punya. Sentimental value punye barang :)
10 gelang  - Semua gelang yang getah tu ye. Saya tak pakai emas. Hee
2 perfume - Setakat dipakai bila badan dah busuk. Bukan nak over ye
1 set johnson baby -  cukuplah dengan lotion, bedak, shampoo & sabun. Bawak kecik punye senang :D

BARANGAN RUMAH:

1 blender
2 paket santan kering
5 paket perencah nasi goreng
1 paket asam jawa
2 paket asam keping
10 paket kecil minuman 3in1 pelbagai rasa
1 paket ajinamoto
1 paket garam

LAINLAIN:
300USD
3 album gambar  - nak tatap wajah merekamereka yang akan dirindui
1 novel               - untuk jadi bahan bacaan bukan akademik. satu je dapat bawak :(
1 al-Quran         - sebagai panduan untuk mendidik diri menjadi seorang yang lebih baik
1 mathurat          - untuk dijadikan amalan. InsyaAllah...
1 kamera            - untuk ambil gambar semua benda dan abadikan kenangan :)
1 handphone       - sebagai alat penghunbung dangan rakanrakan dan keluarga di Malaysia nanti
1 papan panadol - jaminan masa sakit walaupun tak makan pun nanti. Hee
1 bekas vikcs     - ni pun alternatif je, tak pakai pun kot. Haha
         
Okay ni je kot yang aku bawak dalam 1beg sandang, 1luggage & 1kotak. Total dalam 30kg. Area ngamngam yang dibolehkan oleh Gulf Air untuk penumpangpenumpang dia. Padahal sebenarnya banyak sangat lagi barang yang tak dapat dibawak. Contohnya bantal busuk, walaupun bagi orang lain tak penting, tapu sayang kot dengan bende tuh..

Bilik kesayangan yang akan dirindui.
Barangbarang sume dah siap untuk masuk perut kapal terbang.
Bye bilik. Bye teddy bear sayang. Bye semua.
Gonna miss all these so much.
See you in the next 8month, InsyaAllah <3

Friday, September 23, 2011

Birthday aunty

Salam Syawal semua..

Hari ni aku menyambut birthday seseorang. Orang yang sambut birthday hari ni bukanlah kawan aku. As you guys can see, nama tittle pun aunty kan? Haha. Tapi beliau juga bukanlah keluarga aku. Cuma seorang ibu kepada kawan yang rapat dengan aku. So pangkat aunty lah sebab lebih kurang baya dengan mama ku..


Selamat hari jadi aunty,
Happy birthday to you,
Sanah helwah ya ammiti..


Sebenarnya tahun ni 1st time aku dapat nak wish. Sebab tahun lepas belum kenal dan rapat macam tahun ni. Er actually tak la rapat mana, cuma boleh la kalau nak bertanya khabar tuh. Haha. Mulamula kan ingat takut nak kenal dengan aunty nih sebab her son told me that she kind of mum yang garang. Haha. But at the end kitorang kenal jugak. Aku tak brape ingat lah macam mana, maybe berpunca dari aku dan anaknya yang sama kelas dan aunty rajin nak berkenalan dengan kawankawan anak nye.

Tahun ni aunty dah 44tahun. Beliau lahir 23September1967. Betulkankan aku kira? Matematik SPM A+ takkan salah. HAHA :p Harap bila umur aunty bertambah,aunty terus sihat dan bahagia menjalani kehidupan disamping insaninsan tersayang. Harap aunty juga tabah menghadap dugaan hidup dan sentiasa diberkatiNya. Aminnnn..

Bila aku bagitahu mama yang aku wish aunty punya birthday, mama senyum je. HAHAHA. Mama cakap


"untungla aunty rajin nak layan kakak nih. Pandai ye nak bodek aunty tuh. Nak ambil perhatian la tuh. DLL"

Yang DLL tuh tak nak bagitahu sebab nanti korang ingat aku nih gatal sangat. Haha. Apepun aku bersyukur bila kenal aunty yang benarkan aku kawan dengan anak dia dan mama pulak tak kisah anaknye nak rapat dengan kawan lelaki yang sorang nih. Thanks mama. Love youuuuu <3


Apepun dalam hidup nih, dalam sebuah perhubungan, ingat dan amalkan ayat ni :

Treat every person you meet like how you wanna be treated back

Aku tak ingat la ayat dia sebenarnya macam mana, tapi lebih kurang macam nih la. Dalam hidup ni, semua orang nak dilayan dengan baik. Tapi adakah kita melayan semua orang yang hadir dalam hidup seharian kita dengan baik? Hidup ni ade karma. Apa yang kita buat itu yang kita akan dapat balik. Kalau baik perlakuan kita pada hambahamba Allah, baik jugak lah kita akan diperlakukan. Macam tu jugak lah untuk sebaiknya.

Kaitan nye dengan post aku nih, aku berbuat baik dengan aunty ni bukan sematamata sebab aku ingin dia nampak aku sebagai kawan yang baik untuk anaknya. *walaupun ade sikit rasa nak macam tuh. hahahah* . Tapi sebenarnya sebab aku ingin gembirakan  beliau dan tau setiap orang itu layak untuk terima layanan yang baik. Siapa yang tak mahu dirinya untuk di wishkan pada hari lahir? Im doing my best to please everyone heart because when i done that, my heart is pleased :)

Thursday, September 22, 2011

Kembali Terjalin

Salam Syawal semua..

Alhamdulillah.. Itu perkataan pertama yang terpacul di bibir aku bila aku bangun tidur pagi tadi. Mengapa? Pagipagi lagi bila bangun aku dikejutkan dengan berita yang sangat melegakan hati aku, yang sering dilanda gundah sejaksejak nih. Dua burung itu sudah berbaik semula. Mereka sudah boleh berkicauan melodi indah bersama. Mereka sudah boleh berterbangan di dunia mereka semula. Ikatan kebahagiaan mereka kini kembali terjalin !

Alhamdulillah !
Setinggitinggi kesyukuran aku panjatkan kepada yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Terima kasih Ya Allah kerana telah memakbulkan doa ku ini. Aku lah manusia paling bahagia di saat berita ini aku dapat. Terima kasih sangatsangat :') Pagi aku dimulakan dengan perkara yang baik, InsyaAllah hari aku jugak akan berakhir dengan baik. Dan ia memang berakhir dengan baik. Hari ni dapat luangkan masa dengan famili tersayang dari awal pagi sampai tengah malam. Terasa macam hari Sabtu. HAHAHA

Sebab itu orang selalu cakap kita perlu tersenyum di pagi hari kalau nak hari itu menjadi hari yang baik..

p/s; Oh ya Mira, jangan lupa ape yang kau dah bernazar. Pesanan ini bukan lah dengan niat yang buruk, tetapi hanya sebagai peringatan kepada diri sendiri yang mudah alpa. Sekali lagi, terima kasih atas kurniaan Mu untuk ku atas saat yang bahagia ini. Alhamdulillah :')

Wednesday, September 7, 2011

Aidilfitri

Salam Syawal semua !

Sebenarnya hari nih bukan lah 1st Syawal pon, bahkan dah syawal ke sembilan sejak kita semua sambut syawal 30 Ogos hari tuh. Haha sorry lah sebab baru sekarang sempat nak update. Walaupun rasanyer tak de siapa pun nak baca entryentry aku nih :)

So tak mau pendahuluan panjang2, straight pada cerita riangriang raya. Hee. Macam biasa family aku akan balik kampung sehari dua sebelum raya menjelang. Tu untuk tolong nenek, makcikmakcik, pakcikpakcik, dan sepupusepupu dalam buat persiapan hari raya. Banyak la jugak. Aku paling suka part buat ketupat bawang tuh sebab boleh buat sambil tengok tv. HAHAHAHA ;p

Then yang lain2 tuh biasalah kemaskemas rumah, masakmasak juadah untuk raya nanti. Best bila balik kampung awal nih, jalan raya tak la jam sangat, dapat nak berbuka puasa ramairamai, dapat main bunga api puaspuas. Haha
   

Pagipagi raya, selalunyer dah sibuk nak gi surau, TETAPI baju lupa nak gosok malam semalamnyer, so semua family nak rebut iron. Haha. Bila dah siap mandi sunat hari raya, makan juadah sikit, konvoi la ke surau kampung untuk solat sunat hari raya :)
     
          Seronok ade kampung yang memang kawasan kampung sebab suasana raya itu akan lebih terasa :)

Okay bila dah balik dari surau, masingmasing di rumah bermaafan la. Itu yang paling penting sebenarnye kan? Aku start dengan ayah aku, salam beliau, minta maaf, dan kiss pipi beliau *nak kiss pipi siape lagi kalau bukan ayah sendiri kan* haha. Then followed by all my siblings and lastly my beloved mother. Tapi kami punya program nih tak macam orang lain kot. Kami gelakgelak, tak de nangesnanges, maybe tak nak spoilkan hari yang patut happy nih. Actually more to nak kawal ego kann? Hahahahaha

See, senyumsenyum bagai. Mane ade nangesnanges macam dalam drama tuh. Haha :)

Aktiviti wajib, ambil gambar satu family pakai baju raya tema samam which is for this year, PINK BELACAN. Walaupun sebenarnya colour yang kitorang cari tuh tak jumpajumpa. Hahaha. Apepun aku berpuas hati dengan ape yang kitorang ade :)

My happy family. Sweet kan colour tuh? Sukaaaa <3

Selepas tu, bermula la episodepisod mengunjungi rumah sedara mara, sahabat andai, dua pupu dan macammacam kupukupu. Sebenarnya kalau nak tulis start aktiviti kumpul duit raya pon boleh kan? Hahaha.

Er tak tau kenapa dalam pic nih semua orang nampak muram,
padahal masa raya tuh gelak sakan je semua =.=

Raya lagi :)

Masuk hari ketiga, tukar colour baju pulak! Haha. And of course kitorang akan ambil gambar sebab aku yang pegang kamera nih gila ambil gambar. Kalau boleh setiap perkara yang terjadi, aku akan ambil gambar tak kira lah perkara tuh baik ke buruk ke, suka ke duka ke, aku akan ambil sebab gambargambar ni lah yang akan jadi kenangan yang boleh dingat sampai bilabila dan jadi bukti sesuatu perkara itu pernah terjadi :)

Hahhh itulah tema hari kedua. Actually patutnye hijau je, tapi jadi bercampur.
Okay gak bila campur, colourfull :D

Malang tak berbau, Abah tak tengok belakang masa undur kereta,
 terlanggar tiang elektrik -.-

Bagai jatuh ditimpa tangga, kereta kitorang rosak pulak. Gear tak masuk kata abah.
Bayangkan la pakai baju raya lawalawa tapi duduk tepi jalan.
Padan muka sebelum ni ketawakan kereta orang lain yang rosak.

Amek kau balasan! Haha


Abah sibuk nak uruskan hal kereta, anaknye pulak sibuk dengan kamera.
Hahahahah sorry abah :D

Raya kedua,tak de cerita sebab sebok dengan baraan lelaki. Hari raya ke empat pulak, tiba giliran baraan perempuan. Korang tau maksdud baraan tak? Baraan ni amalan orang jawa, macam orangorang kampung aku lah. Penduduk kampung akan berkumpul ramairamai dan akan berkonvoi dari satu rumah ke satu rumah yang lain dengan naik motorsikal atau basikal. Best tauuuuu!
Ni baraan perempuan, so of course yang ade semua perempuan. Ramai kann? Haha

See? Ramai betol. Tapi ni sebenarnya tak cukup ramai. Haha


Eh makcik nihh. Haha gaya macam susah sangat bawak adik kecik 3tahun tu naik motor ikot baraan :p

Sooooo, habislah aktiviti beraya. Raya keempat, baliklah kami sekeluarga ke rumah. Lepas settle segala hal baraan, kemaskemas, kami pun bersiap nak balik. Sedih jugak aku rasa sebab lepas nih tak tau bila lagi nak balik kampung jumpa nenek datuk makcik pakcik dan adikadik sedara tuh memandangkan lepas nih dah nak ke Mesir. Harap ade umur yang panjang. Harap seminggu kami balik ni bukan yang terakhir punya pertemuan. InsyaAllah..

 Nenek tersayang. Panggilan jawa, embah.
"embah,ira sayaaaaaaaaaang embah sangat!"
Beliau bagi aku sedikit duit untuk aku guna masa di Mesir nanti. Jumlah tu memang tak cukup untuk nak guna 6tahun, tapi bila orang kampung macam nenek aku sendiri nak hulur duit dengan harapan dapat membantu aku di negara orang tuh nanti, hati jadi terharu sangat. Sebak, beliau nangis masa hulur tuh, sambil tertanyatanya bila beliau dapat jumpa aku lagi. Betapa tertunjuknya beliau sayang aku. Masa tu Allah je tau sedihnya hati nak tinggalkan embah aku ni. Moga panjang umur kami berdua dan ade rezeki untuk berjumpa lagi. InsyaAllah..

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi rumah kesayangan kami. Sampai di rumah, angkut keluar semua barang dari bonet kereta, pastu ape lagi, tidurlah semua kepenatan. Haha

Last but not least, Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua kawankawan guruguru sedaramara pakcikmakcik dan semua umat Islam di muka ini. Sorry untuk segala salah silap, harap kalau ade yang terkurang atau terlebih tu, halalkan la ye. Tapi kalau rasa tak nak halalkan, minta lah dengan aku yer :)




Saturday, August 20, 2011

Parent's Anniversary

Salam 20 Ramadhan semua..

Hari ni mood happy sebab mama abah saya yang tersayang punya perkahwinan telah menjangkau 19 tahun iaitu setahun tua dari saya. Wahhhhh congratulation mama abah :)

Saya harap ia bukan setakat menjangkau 19 tahun tetapi selama mungkin selagi ada hayat mereka, dan insyaAllah di Akhirat sekali. Saya sangat sayang sama mereka, sebab tu saya sangat berharap agar perkahwinan mereka diredhai Allah dan mereka saling menyayangi antara satu sama lain kerana Allah supaya cinta mereka berkekalan hingga ke alam Akhirat..

Untuk ulang tahun perkahwinan mereka kali ini, saya tak dapat lagi mahu bagi hadiah yang mahal2 branded2 berkuali2. Seikhlas tulus dari hati saya yang kecil nih, saya hanya mampu bagi sekeping kad yang di buat dengan kreativiti sendiri sebagai tanda saya amat menghargai perkahwinan mereka..

Mengapa saya sangat menghargai perkahwinan mama abah saya? Kerana melaluinya saya dapat lahir ke dunia ini dan menikmati pelbagai nikmat dan kurniaan Allah. Saya juga dapat merasa hidup dalam sebuah keluarga yang bahagia. Saya dapat menjadikan abah saya sebagai model lelaki yang berjaya, dan mama saya sebagai wanita yang tabah. Saya dapat macam2 lagi yang orang lain tak dapat. Bukan riak, cuma sangat mensyukuri dengan segala nikmat yang diterima. Alhamdulillahhh :)

Kad yang saya bagi sangat simple. Saya seorang yang lebih suka untuk jadikan sesuatu hadiah itu boleh dijadikan kenangan dan kalau boleh dibuat sendiri. Bagi saya itu menunjukkan kita lebih bersungguh dan akan buat sang penerima lebih mengingati kita berbanding kalau beli kad dekat kedai2 alat tulis tuhh..

Saya cuma guna sekeping kertas warna hitam dan dilipat tiga bahagian sebab setiap tu mewakili saya dan 2 adik beradik yang lain. Kenapa hitam? Maybe sebab hitam nampak kemas. HAHA. Dan juga senang nak matching dengan colour lain..

Then nak bagi ceria sikit, saya sediakan beberapa gambar kenangan mereka berdua dan sekeluarga untuk ditampal supaya mereka boleh refresh balik semua tu dengan rasa senang hati :)

Lepas tuh, saya masukkan unsur penting dulu di tengah, iaitu ucapan dari saya dan adik2. Pelbagai style kan? Cuma lawak bila ade sorang adik nih tak ingat kad ni sempena anniversary,dia pergi buat pasal raya.
Sengal kan? HAHAHA
So untuk tambahan, saya guna kata2 yang saya dapat dari internet dan luahan hati sebagai hiasan dengan harapan bila mereka baca, hubungan itu bertambah erat. InsyaAllah..

Cover. Ni paling penting, tapi dont know why, ini lah yang terakhir saya buat. Haha. Saya berpuas hati dengan hasil kerja saya. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan dan memberi idea walaupun tak rancang segala hiasan dan kata2 itu :)


Saya sayang sangat mereka. Saya harap mereka juga begitu sebab selalu orang kata macam mana kita rasa terhadap seseorang itu, macam tu lah dia juga rasa terhadap kita. Lepas bagi kad ni, mama abah suka. Wahh puas hati. InsyaAllah bila kakak dah kerja nanti, kakak mesti bagi hadiah bila datang tarikh2 penting ni walaupun ia tak mungkin dapat membalas jasa mama abah. So again, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan! 


Thursday, August 18, 2011

Bayaran dan Passport dan Shopping

Salam 18 Ramadhan..

Diam tak diam, sedar tak sedar, kita hari nih dah masuk hari ke-18 puasa. Harap segala azam yang kita dah tanam untuk dilakukan sepanjang bulan penuh keberkatan ini masih berjalan, dan tidak hangat2 taik ayam sahaja okay..

Hari ini abah kesayangan daku ambil cuti semata2 untuk menjalankan satu misi yang sangat penting. Cewah ayat boom giler. Haha. Tapi betul lah, memang hal penting pun. Beliau mahu settlekan segala urusan sambung belajar aku. Banyak la jugak perkara yang perlu dibuat sampai beliau kena ambil cuti. Sorry menyusahkan :(

Pagi2 lagi kitorang bertiga termasuk adik kecil aku dah bertolak ke destinasi yang ingin di tuju. Sebenarnya tak la pagi sangat sebab aku macam biasa la nak bangun dengan sangat awal. Sendiri paham la ape maksud tersirat aku yer. Hehe. Dalam pukul 8.30 pagi macam tu lah kitorang bergerak ke destinasi pertama, iaitu Jabatan Imegresen untuk buat passport untuk aku. Bakal belajar di luar negara kan, so kena buat la. Aku ni pulak selama ni tak pernah nak ade passport, so jakun la. HAHA

Tapi bila sampai sana, mak aihhhh ramai gila lah manusia2 muka jiran Malaysia. Pendatang2 Indonesia. Haih mereka ni memang dah bersepah merata2 betol. Nasib baik abah jenis yang tau macam2 so tak delah beliau join aku yang blur tak tau nak buat ape bila sampai situ. Haha. Beliau pergi kaunter nak minta borang, dan tidak sangka terjumpa kawan aku yang akan ke Mesir jugak nanti, Najiah.

Pakcik imegresen tuh kata better kalau ade surat tawaran asli dan segala resit pembayaran sebagai bukti nak sambung belajar, sebab cara ini akan buat aku dapat half price untuk buat passport nih. Dari RM300 jadi RM150. Aku fikir shopping mall je yang tengah ade diskaun hebat musim nak raya ni rupanya passport pun ade buat 'sale' ! Haha best betul ;p

So disebabkan ingin mendapatkan diskaun hebat tuh, kami pun bergegas la ke destinasi kedua pulak, iaitu Pejabat Medic Mesir dekat Seri Kembangan. Dari Jalan Reko ke sana jauh jugak tau! Nasib baik rumah memang area Bangi je, so tak la seteruk kawan2 aku yang lain yang ade sampai dari Terengganu, Kelantan, Johor, Sabah dan lain2..

Urusan kami di sini adalah untuk membuat segala macam pembayaran. Ni list dia:

Premedic               : RM2500 *baki dari bayar deposit RM500 dari total RM3000*
Tiket Flight            : RM2500 *agent akan belikan bersama bakal2 housemate*
Rumah di Mesir     : RM2500 *agent akan cari rumah dan belikan barang2 asas rumah*
Surat Twaran Ori   : RM4500 *baki dari bayar deposit RM5000 dari total RM9500*
JUMLAH              : RM12000 *SELESAI SEMUA BAYARAN*

Banyak kannnnn? Abah bayar cash depan mata. Aku ternganga gak. Aku tau abah dah bertungkus lumus kerja keras unutk kesenangan aku belajar. Sweet kann? Sangat terharu dan bersyukur dapat seorang ayah yang sanggup berkorban segala harta tenaga dan macam2 untuk anaknya. InsyaAllah abah, anakmu ini akan cuba sedaya upaya belajar bersungguh2 dan tidak menghampakan harapan dan tidak mengsia2kan usahamu . Korang, aminkan tau! HAHA thx :')

Ini banner PreMed yang kene bayar RM3000 tuhh

Next, back to pejabat imegresen. Buat passport. Yay yayyyyy! *Sorry. Korang kena selami sikit jiwa jakun aku nihhh* Hahahaha :D Okay  mase ni ade perkara memalukan sikit. Dialog :

Pakcik Imegresen : ... berape?
Aku                     : Huh? belom amek?
Pakcik Imegresen : Umur berape?
Aku                     : Er 18. Ingatkan tanya no.giliran. *cakap la kuat sikit. malu je -.-"*

Lepas dah pergi kaunter untuk settlekan, passport dah boleh siap selepas sejam. Terima kasih kepada pemodenan sebab kalau tak makan masa jugak nak siap. Yang menjadikan lama proses nye adalah untuk menunggu giliran nombor ke kaunter. Alahai tak suka betol nak menunggu. Nasib baik dorang bukak banyak kaunter. So setiap nombor tu cepat jugak lah jalan.

Tengok2 jam dah pukul 12.24pm. Cepat betol masa berjalan. Betul lah kata orang, kalau masa kita diisi dengan perkara yang bermanfaat, kita tak rasa pun masa tu berjalan, cepat je dia bergerak. So sebab dah lambat, kami tak tunggu sejam lagi sebab dah penat terpacak tunggu giliran. Kami balik dulu dan amk petangnya nanti sebab kami memang ada bercadang nak keluar shopping raya. Haha

So petang tuh,sebelum shopping,uruskan dulu ape yang patut,amek passport. Sambil ambil uteh punya mykad. Dah besar adik aku rupanya..

Then pergi Metro Kajang. Mama tak lepaskan peluang nak pergi jalan2 masa weekday sebab orang tak ramai plus abah tengah ade,so best sikit. Haha. Sekarang mama dah memilih barang jenama je untuk beli barang2 beliau. Aku pun tak tau sejak bila datangnya kesukaan beliau yang macam ni, sebab dulu tak kesah pun asalkan cantik. Ntahla,maybe perubahan hormon kot. Aku biarkan aje walaupun kadang2 disagree dengan beliau. Tapi sudah beliau itu mamaku, jadi ape yang buat beliau happy dan tak salah,aku biarkan sahaja la untuk mama :)

Oh ya, malam pulak aku dapat balik kereta Neo aku yang dah lama tersadai dekat bengkel sejak aku accident bulan April lepas. Lama gila kan?? Abah busy dan tak sempat nak settlekan hal insurans. Memandangkan tinggi jugak kos nak baiki, tak sanggup lah aku nak bagi abah keluarkan duit sendiri. Tunggu lah insurans. So penat aku sabar, akhirnya dapat balik harta aku tuhh. Hee..

Terima kasih untuk hari ini abah..

Saturday, August 6, 2011

Because we are muslim

Salam ramadhan semua..

Amacam puasa? Semua full lagi kan. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk puasa penuh dan memanfaatkn bulan Ramadhan ni dengan baik.. InsyaAllah..

Kali ni tak mau tulis panjang2, just nak share satu link yang mungkin akan buat korang terfikir ape yang ade dalam link tu amat lah betul. Dalam link ni dia menyebut bahawa mengapa ape yang orang kafir buat sesuatu itu tidak menjadi masalah tetapi bila orang Islam buat bende yang sama, dunia akan cakap itu salah. Sangat tak adil kan?

Tengok nih dan sebar2 kan ye :)

http://fc01.deviantart.net/fs71/f/2010/201/c/0/Because_he_is_a_muslim____by_Nayzak.swf

Wednesday, August 3, 2011

Bangun Pagi

Salam Ramadhan semua..

Disebabkan sekarang bulan puasa, mesti ramai yang selama ni bangun lambat pun akan jadi bangun awal. Yelah, korang nak bersahur, tak kan tak bangun makan pulak? Lagipun benda nih kan sunat, sangat elok la kalau kita amalkan. Tak susah pun nak amalkan bende nih, sebab rasanye semua orang suka makan kan? Dah alang2 suka makan tuh,bangun lah sahur sekejap walaupun cuma minum segelas air dan sekeping roti. Kan senangggg..

Abu Sa'eed Al-Khudri (raa) the Messenger of Allah (saas) said:

"Sahuur is a blessed meal, do not neglect it even if it is a mouthful of drink. For Allah and the Angels bless those who observe it."
(Ahmed)

Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya,aku pun jenis susah nak bangun pagi. Terima kasih jutaan kali kepada mama dan seluruh keluarga yang tak berputus asa nak kejutkan aku di pagi hari setiap hari. Haha.

Aku terbaca kawan aku post dekat facebook pasal bangun pagi:

Apabila kita bangun setiap hari,tanya pada diri sendiri,kenapa Allah hidupkan kita hari ini? Jawapan yang dicadangkan oleh imam al-Ghazali, kerana dosaku banyak. Allah bagi peluang untuk bertaubat. Sama2 kita renungkan dan amalkan :)

Sedikit terkesan la aku bila baca benda nih. Dosa banyak tapi bila dah dapat peluang setiap hari untuk bangun dari mati, sibuk nak lelapkan mata jugak. Tak sedar2 diri betul. Tidur tu kan mati sekejap, nak sangat ke mati lagi sampai nak tidur je memanjang? Haihhh..
Harap lepas ni menjadi lebih bersemangat untuk bangun pagi dan tidak tidur balik. InsyaAllah..

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa

Salam ramadhan semua..

Pejam celik pejam celik,dah datang bulan Ramadhan kan? Macam baru je raya tahun lepas habis, ni dah puasa balik.. So ade siapa2 yang belum ganti puasa? Kalau ada,terlambat sudah. Silalah buat ape yang patut okay..

So disini, ana ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan2 yang beragama Islam. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh ana, ilti, sahibbik dan semua orang Islam di dunia ini..

Di sini, ana sertakan juga sedikit doa buat panduan semua :)

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

*er rse mcm doa puasa untuk sebulan tu macam salah sikit jer. baca yang malay je la eh? sorry salah share.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas. InsyaAllah..

Thursday, July 28, 2011

Innalillahh

Salam semua..

Hari ni saya kematian kucing.
Kucing ini bukanlah kucing belaan saya secara rasmi.
Beliau yang tiba2 baru2 ini muncul di sekitar rumah saya dan datang untuk makan.
Setelah diberi makan Friskies,beliau dapati rumah saya sesuai untuk didiami,maka beliau tinggal lah dengan suka hati bersama 3ekor kucing sedia ada yang menjadi belaan saya secara rasmi..

Tapi sebab dia bukan officially belaan aku,of corse tak dilayan baik sangat *jahatnye aku :(
Walaupun yang lain2 ade kena marah,tapi dia nih lagi selalu kena marah.
Aku bukan jenis yang suka kucing terlebih manja,tapi dia nih sangat manja..

Tiba2 pagi tadi abah aku jumpa kucing nih dah keras kat luar pagar rumah.
Kitorang tak tau punca dia mati kenapa.
Tapi kitorang percaya maybe dia tersepit dekat pagar automatik rumah aku.
Sebab badan dia macam sebelah tu straight je dah tak de lekuk2 tulang =.=
Kucing2 aku yang lain maybe dah alert dengan pagar tu sebab dah biasa.
Tapi as i told you,dia nih kucing baru..

So sangat sedih bila kucing yang selalu aku marah ni pergi buat selamanya.
Walaupun hadirnya sekejap,tapi bila dia pergi,terasa sayu betul.
Tapi aku puas hati aku ade bagi dia makan semalam walau macam mana pun aku marah dekat dia.
Sekurang2nya dia tak mati kelaparan atau mati dalam keadaan lapar..


As i told you,badan dia sebelah macam dah leper.
Semut2 dan lalat dah kerumun dia :(

Ambil suratkhabar lama untuk bungkus dia sebelum ditanam.


Dah jumpa tempat sesuai untuk dikebumikan.
Sama area dengan arwah kucing parsi aku dulu,Cadbury :(

Selesai dah urusan. Bye2 kucing. Terima kasih sempat jadikan rumah saya sebagai persinggahan dalam perjalanan hidup anda. Innalillah..

Sesiapa yang terasa seram baca entry ni,maaf sangat2. Aku cuma nak cerita ape yang berlaku dalam kehidupan seharian aku. Aku agak menyesal sebab layan kucing ni dengan agak teruk. Well people used to learn how to treat others better when its gone. Aku harap lepas ni aku akan layan semua benda dan kejadian di sekeliling aku dengan lebih baik tanpa mengharapkan ape2 balasan. InsyaAllah :)

Persediaan 1st year Medic

Salam semua..

Hari ni aku nak cerita pasal kehidupan 2 bulan aku dekat Fakulti Kesihatan dan Perubatan UPM. Eh aku buat ape ye dekat situ? Aku bukan student UPM pun, just agent yang akan bawa aku ke Mesir nanti menumpang di UPM untuk buat Pre-Medic 2 bulan dekat situ.. 

PreMedic ni kira sebagai persediaan basic,mengajar apa yang kitorang2 yang akan ke Mesir ni belajar masa kitorang 1st year dekat sana nanti. Yelah, kitorang ni mostly lepasan SPM, so pengetahuan pasal medic tu semua nye zero. Kalau dah tak tahu ape2, susah la kitorang nak survive dapat result cemerlang nanti, berbanding dengan mereka2 yang dah pernah ambil A-level atau asasi (foundation) atau pun matrix..

Sebenarnya tak semua agent buat persediaan macam ni. Cuma Medic Mesir ni, sangat prihatin akan pelajar2 dia. Agent ni nak semua pelajar yang under dia dapat mumtaz (cemerlang) masa 1st year so that kitorang2 akan dapat tajaan atau biasiswa atau pinjaman. Best kannn? Aku bersyukur sangat sebab ditemukan dengan agent ni. Alhamdulillah..

Fasiliti yang ade dekat UPM pun sangat memuaskan hati. Jarak antara dewan kuliah dengan hostel pun dekat je, lebih kurang 500 meter. Bunyi macam jauh, tapi kalau dah hari2 lalu jalan tu rasa dekat lah, plus kitorang tak payah susah2 nak kejar bus or whatsoever transport..

Hostel pun bukan macam dorm. Actually lebih tepat untuk dipanggil rumah sebab dia macam apartment. Sebab dalam satu rumah tu ade 4 bilik. 1 bilik muat 2 orang. So 1 rumah ade 8 penghuni. Best kannn? Dalam 1 rumah dah siap ade toilet, tempat basuh baju, tempat iron baju, ampaian, dapur dan kabinet isi makanan, ruang tamu dan rak kasut. Setiap bilik ade 2 katil, 2 meja study siap ade table lamp, rak buku and laci, 2 almari baju, 2 penyangkut tuala. Complete lah. Tinggal kat sini memang tak rasa kurang ape2 sebagai student..

Cakap banyak pun tak guna kan? Haha so baik korang tengok sendiri gambar2 ni, baru dapat gambaran sebenar..

Ini ruang tamu. Tempat aku dan housemate kumpul unutk meeting, lepak dan makan.
Carpet tu housemate yang bawa ye. Bukan disediakan. Haha


Ini dapur, kabinet isi makanan dan tempat iron baju.
Teringat kain pelekat roomate aku tu habis berlubang pasal aku. Hahaha XD


Toilets. Inilah tempat yang paling favourite.
Tempat menyanyi dan karaoke sama2! Hahaha :D


Ampaian dan tempat basuh baju.
Sebelum datang UPM, aku tak pernah basuh baju guna tangan sendiri,selalu pakai mesin je. Haha


Katil aku berbalut cadar biru berbunga bersama barney tersayang yang abah belikan masa aku darjah 4.
Bantal busuk mesti dibawak woooo! Hehe XD


Meja study lengkap dengan board, table lamp,rak buku dan laci.
Meja ni la tempat aku online facebook sampai 4 pagi. HAHAHAHA ;P


Okay aku dah tunjuk semua yang ade dalam rumah aku dekat UPM. Actually masa aku tulis nih, aku dah pun berada di rumah. Terasa nak update pasal kehidupan belajar selepas SPM, so aku cerita la pasal ni. Gonna miss all these things :)

Wednesday, July 27, 2011

Cukup

Assalamualaikum kawan2..

Selama ni aku banyak gila post entry2 yang menjiwang dan merapu dan mengarut kan?
Korang bosan tak baca? Haha

Okay lah aku sebenarnya nak cuba berhenti tulis entry2 mengarut.
Cukup lah dengan ape yang aku tulis selama ni.

CUKUPLAHH..

Aku nak cuba tulis entry2 pasal life yang bawa makna positif dalam hidup aku.
Aku nak cuba tulis entry2 berkaitan perkara yang boleh motivate diri aku dan orang lain yang membaca.
Aku nak cuba menjadikan hidup aku yang hari ni dan esok2 lebih baik dari semalam.

Doakan aku kawan2. Terima kasih..


Ambil dari photobucket.
Dengan harapan menjadi motivasi aku untuk terus senyum :)

Thursday, June 16, 2011

Pre-Medic MM

Tamat sudah tempoh honeymoon budak2 SPM 2010,time to back to school. Tapi ni lebih sesuai untuk kawan2 yang masuk matriks la sebab korang memang macam masuk sekolah balik sebab jumpa ramai gila kawan2 dari skola sama kan? Hahaha.

So same goes to me,kena pergi sambung belajar jugak. *sebab tu jugak la blog nih dah tak aktif macam dulu sebab masa nak mengupdate itu semakin berkurangan walaupun banyak gila GILA aku nak cerita. Haihhh. Ceh bajet macam banyak sangat menulis dan tukang membaca tulisan merapu tuh. HAHA XD

Aku sudah berada di Universiti Putra Malaysia (UPM), di Serdang, Selangor. Untuk PREMEDIC,sebagai persediaan sebelum ke Mesir nanti. Aku akan berada di sini untuk kira-kira 7 minggu dari 5JUN2011 ke 23JULAI2011. Tak la lama pun..

Di sini sudah belajar itu perkara2 yang memeningkan dan memenuhkan segala isi dalam otak. Mereka2 itu adalah ANATOMI, HISTOLOGI, FISIOLOGI, BIOCHEMISTRY dannnnn ARAB! Hahaha. Mereka2 ini yang akan mengisi pagi petang siang malam dan segala tiap saat dan masa sampai habis pembelajaran diri ini. DEAR SUBJECTS, PLEASE BE NICE WITH ME OKAY? THANKS. HAHA :)

Oh ya, aku akan busy lepas ni. I mean it. So jarang akan ade update2 blog ni. Adeihhh banyak la yang aku tak dapat nak cerita cerita. Tak pe, sabar. Fokus mana lagi penting dulu. Haha.

Dunia baru aku :)

Monday, May 16, 2011

Bye bye

Semalam birthday aku,thankz gila pada mereka mereka mereka mereka yang wish and sambut. haha :D

Semalam ade dekat kelantan,tak bawak laptop,tak boleh nak update segala benda yang macam banyak nak dikongsi nak dibagitau. haha

Kelmarin masa dekat LCCT,jumpa KELANTAN FC , and the best part dapat jumpa dengan Khairul Fahmi and ambil gambar dengan dia :D

Hari ni,petang nanti akan masuk ke PLKN, Kem Millenium Beranang, Selangor. Tak sabar. heee :P

Esok esok mungkin tulat mungkin tonggeng k baru dapat update blog nih.

Sekarang ni sebenarnye rasa nak update nak upload banyak gambar2 masa dekat kelantan,mase dekat khairul fahmi, masa sambut birthday, masa itu, masa ini. Ceh macam banyak sangat je. Haha.

Tapi sebab petang ni nak pergi PLKN dah,so segala hasrat tu harus ditunda sampai aku balik nanti sebab nak gi packing2 barang. Macam ni lah kalau suka sangat buat kerja last minute. Hehe

Mau masuk sini. Wish me luck. Wish u guys luck. Take care korang. Bye :)

Saturday, May 7, 2011

UPU oh UPU

Korang tengok tajuk pun dah boleh agak post aku kali ni pasal ape kan? Bagus. Tak payah aku nak panjang2 kan or bagi detail. Haha.

So macam yang orang2 lepasan SPM 2010 lain buat,aku juga buat semakan tu. 6MEI2011 adalah date yang penting sebab ini yang akan membuat semua orang2 itu membuat pilihan dan keputusan terakhir tentang masa depan orang2 itu. So result yang aku dapat :


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD : 930515105508
NAMA : NURUL AMIRA SHAZALYNA BINTI RAZALI

Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA
dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2011/2012

Jujur la aku cakap,memang aku terkejut jugak la dengan result ni which is because aku fikir aku mesti dapat. Fikir bagos sangat la result kau mira? Blah la kalau setakat 6A perasan ade Universiti nak amek kau.. 

Untuk Matrix pulak,aku dapat dekat selangor,asasi sains which pendaftaran 23MEI2011. Aku masuk k? Tak jugak. Hahaha. Kenapa kenapa kenapaaa? Perempuan ni dah tak minat nak belajar k ape? Haha. Tak lah,kalau korang baca post aku yang pasal Tanta tuh,korang akan tau.. 

Actually aku macam tak la sedih sangat sebab UPU tak dapat kat mane2 sebab aku memang dah ade alternatif lain. Thanks to my beloved parent sebab membantu untuk urusan masa depan aku nih. Love you guys :)
But aku kesian sangat dekat kawan2 aku yang dua orang nih,Wan and Alieya. Both of them were hoping not to enrol matrix and really really punye really hope diorang dapat UPU. And sebab harapan setinggi gunung tuh,diorang teramat sebak bila result dapat nothing. Well kalau aku ade kat tempat diorang and takde alternatif macam yang aku ade sekarang,aku rasa aku jugak akan macam tuh.
Luckily,wan dapat matrik and alieya dapat form6. Atleast korang ade la jugak tempat untuk dituju lepas nih. Ye memang perlu untuk korang buat rayuan UPU tuh,tp untuk sementara waktu,i think its better for you guys untuk masuk dekat tempat yang sure2 dah ade nama korang and space untuk korang. Bak kata cikgu2 BM zaman kita sekolah dulu2 :

Jangan membuang air di tempayan apabila mendengar guruh di langit.

Jangan lepaskan benda yang kita sedia ade,untuk mendapatkan sesuatu yang belum tentu akan jadi.

Everything happen for a reason kan. So bersabar lah kawan2 ku. Kalau lah korang memang tak dapat U mana2, struggle betul2 dekat tempat yang korang akan pergi nanti. Nasihat ni sebenarnye untuk aku jugak. Sebab aku pun bukan jenis yang study menggila. Hahaha. 
So untuk masa depan ni,kita pandai2 lah perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. Ape yang kita dapat sebenarnye itulah yang terbaik untuk kita walaupun kalau mungkin kita tak tau kenyataan tuh. 
Bersyukur tu perlu ade,atleast kita semua dah ade tempat untuk dituju sebagai permulaan langkah, lepas nih semua terletak pada diri kita macam mana nak majukan diri sendiri. Kalau dapat Oxford university pun,kalau tak reti nak bawak diri, kalau tak de kesungguhan, kerjaya ape pun tak kan dapat pada kita. Ingat tuh okay :)

Thursday, May 5, 2011

Tanta, here i come

Sebelum ape2,korang tau tak Tanta tu kat mana? Bagi yang tau,baguslah. Tapi aku rasa mesti ade yang tak tau. Sebab masa mula2 aku dengar word tu pun, aku cam blur gila. Kan kantoi Geografi lemah. Haha.

Okay Tanta ni terletak kat bumi Mesir. Aku cakap aku akan pergi Tanta ni bukan untuk melancong or ape2, tapi untuk sambung belajar sebagai student medic dekat sana. Pergh macam jauh je en? Memang la kat Malaysia pun banyak tempat sediakan pengajian perubatan. Tapi aku rasa nak cari pengalaman baru di tempat baru bersama kenalan2 baru. Semua baru la senang.

Eh tapi jangan ingat aku nak lupakan yang aku sedia ade sekarang, yang lama itu akan kekal di hati, cuma sementara ade kudrat dan mampu segala benda, rasa eloklah aku nak menjejakkan kaki di negara Islam tu, menimba ilmu and pengalaman yang jauh lebih berharga, ye itu yang aku harapkan.

Aku cakap ni bukan main2 sebab aku memang dah dapat surat tawaran. Kalau tak percaya,tengok ni ye:

 Masa abah bagi aku surat ni, memang aku speechless gila ah. Macam tak percaya je yang aku memang akan pergi sana. Dapat tawaran belajar tu memang aku happy la, tambah2 offer dari oversea woah. Tapi akan jauh dari family buat aku sedih. Huhu

Mesti macam berbeza gila suasana Malaysia and Mesir. Aku tertanya2 jugak. Bila aku bukak facebook medicmesir, dapat jawapan dari kawan2 yang rajin buat research. Diorang banyak cari info pasal course yang diorang mau amek nanti, pasal tempat2 yang diorang akan pergi. Aku yang jenis rajin stalk page orang ni pun kumpul je la info yang diorang share. One of it dari 'http://www.tanta.edu.eg/en/uni%20albume.htm' . Thanks guys :)

 University Administration

University Hospital

Complex Medical

Aku pilih nak pergi Tanta sebab dengar cerita dia ni macam suasana kekampungan sikit, so aku expect tak banyak bunyi,sunyi so macam selesa nak study tanpa gangguan benda2 serabut yang selalu ade dekat bandar. Tapi dari segi tengok2 gambar macam bandar jugak, maju je. Haha. Plus sebab aku pilih Tanta is sebab dia satu2nya Universiti dekat Mesir yang bagi student2 lunch free. FREE! Kau bayang la orang gila punya kuat makan macam aku bila dapat makanan free yang nasi and lauk penuh sepinggan, tak kan mau tolak? Hahahahahaha

Ye diorang tak semalas aku. Sebab tu diorang dapat banyak info yang aku tak tau. MIRA, seriously kau kena ubah diri jadi rajin weh -.-

Result SPM aku boleh tahan teruk la,so aku bersyukur dapat tawaran ni. Alang2 aku belum buat entry pasal result SPM, buat jelah sekarang walaupun 23MARCH2011, tarikh keramat tu dah lama sangat lepas. Haha. 

 2A+ 2A 2A- 1B+ 2B 1C+

Dengan usaha keras abah, usahakan cari pusat pengajian terbaik dengan bayaran yang termurah. Oh ya,lupa nak cakap,yuran pengajian kat Mesir antara yang termurah di dunia. So kalau korang rasa yuran dia macam mahal, yang lain2 lagi mahal.

Nasib baik jugak jumpa agent yang betul2 bagus. Sebab ade budak2 yang pergi dengan agent lain cakap, agent dorang tak sebagus medicmesir yang aku amek ni. Untuk maklumat lanjut,tengok blog ni: 

http://www.medicmesir.com/

Oklah,tu sahaja. Oh ya,kawan2 yang akan pergi Tanta jugak,saya sudah follow blog anda yang saya dapat hasil dari kerja2 stalk saya. So follow2 kan la balik. Ini memang contoh budak tak malu. HAHA -.-