Pejam celik pejam celik,dah datang bulan Ramadhan kan? Macam baru je raya tahun lepas habis, ni dah puasa balik.. So ade siapa2 yang belum ganti puasa? Kalau ada,terlambat sudah. Silalah buat ape yang patut okay..
So disini, ana ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan2 yang beragama Islam. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh ana, ilti, sahibbik dan semua orang Islam di dunia ini..
Di sini, ana sertakan juga sedikit doa buat panduan semua :)
Niat Puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
*er rse mcm doa puasa untuk sebulan tu macam salah sikit jer. baca yang malay je la eh? sorry salah share.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment