Disebabkan sekarang bulan puasa, mesti ramai yang selama ni bangun lambat pun akan jadi bangun awal. Yelah, korang nak bersahur, tak kan tak bangun makan pulak? Lagipun benda nih kan sunat, sangat elok la kalau kita amalkan. Tak susah pun nak amalkan bende nih, sebab rasanye semua orang suka makan kan? Dah alang2 suka makan tuh,bangun lah sahur sekejap walaupun cuma minum segelas air dan sekeping roti. Kan senangggg..
Abu Sa'eed Al-Khudri (raa) the Messenger of Allah (saas) said:
"Sahuur is a blessed meal, do not neglect it even if it is a mouthful of drink. For Allah and the Angels bless those who observe it."
(Ahmed)
Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya,aku pun jenis susah nak bangun pagi. Terima kasih jutaan kali kepada mama dan seluruh keluarga yang tak berputus asa nak kejutkan aku di pagi hari setiap hari. Haha. Aku terbaca kawan aku post dekat facebook pasal bangun pagi:
Apabila kita bangun setiap hari,tanya pada diri sendiri,kenapa Allah hidupkan kita hari ini? Jawapan yang dicadangkan oleh imam al-Ghazali, kerana dosaku banyak. Allah bagi peluang untuk bertaubat. Sama2 kita renungkan dan amalkan :)
Sedikit terkesan la aku bila baca benda nih. Dosa banyak tapi bila dah dapat peluang setiap hari untuk bangun dari mati, sibuk nak lelapkan mata jugak. Tak sedar2 diri betul. Tidur tu kan mati sekejap, nak sangat ke mati lagi sampai nak tidur je memanjang? Haihhh..
Harap lepas ni menjadi lebih bersemangat untuk bangun pagi dan tidak tidur balik. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment