Hari ni aku nak cerita pasal kehidupan 2 bulan aku dekat Fakulti Kesihatan dan Perubatan UPM. Eh aku buat ape ye dekat situ? Aku bukan student UPM pun, just agent yang akan bawa aku ke Mesir nanti menumpang di UPM untuk buat Pre-Medic 2 bulan dekat situ..
PreMedic ni kira sebagai persediaan basic,mengajar apa yang kitorang2 yang akan ke Mesir ni belajar masa kitorang 1st year dekat sana nanti. Yelah, kitorang ni mostly lepasan SPM, so pengetahuan pasal medic tu semua nye zero. Kalau dah tak tahu ape2, susah la kitorang nak survive dapat result cemerlang nanti, berbanding dengan mereka2 yang dah pernah ambil A-level atau asasi (foundation) atau pun matrix..
Sebenarnya tak semua agent buat persediaan macam ni. Cuma Medic Mesir ni, sangat prihatin akan pelajar2 dia. Agent ni nak semua pelajar yang under dia dapat mumtaz (cemerlang) masa 1st year so that kitorang2 akan dapat tajaan atau biasiswa atau pinjaman. Best kannn? Aku bersyukur sangat sebab ditemukan dengan agent ni. Alhamdulillah..
Fasiliti yang ade dekat UPM pun sangat memuaskan hati. Jarak antara dewan kuliah dengan hostel pun dekat je, lebih kurang 500 meter. Bunyi macam jauh, tapi kalau dah hari2 lalu jalan tu rasa dekat lah, plus kitorang tak payah susah2 nak kejar bus or whatsoever transport..
Hostel pun bukan macam dorm. Actually lebih tepat untuk dipanggil rumah sebab dia macam apartment. Sebab dalam satu rumah tu ade 4 bilik. 1 bilik muat 2 orang. So 1 rumah ade 8 penghuni. Best kannn? Dalam 1 rumah dah siap ade toilet, tempat basuh baju, tempat iron baju, ampaian, dapur dan kabinet isi makanan, ruang tamu dan rak kasut. Setiap bilik ade 2 katil, 2 meja study siap ade table lamp, rak buku and laci, 2 almari baju, 2 penyangkut tuala. Complete lah. Tinggal kat sini memang tak rasa kurang ape2 sebagai student..
Cakap banyak pun tak guna kan? Haha so baik korang tengok sendiri gambar2 ni, baru dapat gambaran sebenar..
Ini ruang tamu. Tempat aku dan housemate kumpul unutk meeting, lepak dan makan.
Carpet tu housemate yang bawa ye. Bukan disediakan. Haha
Carpet tu housemate yang bawa ye. Bukan disediakan. Haha
Ini dapur, kabinet isi makanan dan tempat iron baju.
Teringat kain pelekat roomate aku tu habis berlubang pasal aku. Hahaha XD
Teringat kain pelekat roomate aku tu habis berlubang pasal aku. Hahaha XD
Toilets. Inilah tempat yang paling favourite.
Tempat menyanyi dan karaoke sama2! Hahaha :D
Tempat menyanyi dan karaoke sama2! Hahaha :D
Ampaian dan tempat basuh baju.
Sebelum datang UPM, aku tak pernah basuh baju guna tangan sendiri,selalu pakai mesin je. Haha
Sebelum datang UPM, aku tak pernah basuh baju guna tangan sendiri,selalu pakai mesin je. Haha
Katil aku berbalut cadar biru berbunga bersama barney tersayang yang abah belikan masa aku darjah 4.
Bantal busuk mesti dibawak woooo! Hehe XD
Bantal busuk mesti dibawak woooo! Hehe XD
Meja study lengkap dengan board, table lamp,rak buku dan laci.
Meja ni la tempat aku online facebook sampai 4 pagi. HAHAHAHA ;P
Meja ni la tempat aku online facebook sampai 4 pagi. HAHAHAHA ;P
Okay aku dah tunjuk semua yang ade dalam rumah aku dekat UPM. Actually masa aku tulis nih, aku dah pun berada di rumah. Terasa nak update pasal kehidupan belajar selepas SPM, so aku cerita la pasal ni. Gonna miss all these things :)
No comments:
Post a Comment