Thursday, August 18, 2011

Bayaran dan Passport dan Shopping

Salam 18 Ramadhan..

Diam tak diam, sedar tak sedar, kita hari nih dah masuk hari ke-18 puasa. Harap segala azam yang kita dah tanam untuk dilakukan sepanjang bulan penuh keberkatan ini masih berjalan, dan tidak hangat2 taik ayam sahaja okay..

Hari ini abah kesayangan daku ambil cuti semata2 untuk menjalankan satu misi yang sangat penting. Cewah ayat boom giler. Haha. Tapi betul lah, memang hal penting pun. Beliau mahu settlekan segala urusan sambung belajar aku. Banyak la jugak perkara yang perlu dibuat sampai beliau kena ambil cuti. Sorry menyusahkan :(

Pagi2 lagi kitorang bertiga termasuk adik kecil aku dah bertolak ke destinasi yang ingin di tuju. Sebenarnya tak la pagi sangat sebab aku macam biasa la nak bangun dengan sangat awal. Sendiri paham la ape maksud tersirat aku yer. Hehe. Dalam pukul 8.30 pagi macam tu lah kitorang bergerak ke destinasi pertama, iaitu Jabatan Imegresen untuk buat passport untuk aku. Bakal belajar di luar negara kan, so kena buat la. Aku ni pulak selama ni tak pernah nak ade passport, so jakun la. HAHA

Tapi bila sampai sana, mak aihhhh ramai gila lah manusia2 muka jiran Malaysia. Pendatang2 Indonesia. Haih mereka ni memang dah bersepah merata2 betol. Nasib baik abah jenis yang tau macam2 so tak delah beliau join aku yang blur tak tau nak buat ape bila sampai situ. Haha. Beliau pergi kaunter nak minta borang, dan tidak sangka terjumpa kawan aku yang akan ke Mesir jugak nanti, Najiah.

Pakcik imegresen tuh kata better kalau ade surat tawaran asli dan segala resit pembayaran sebagai bukti nak sambung belajar, sebab cara ini akan buat aku dapat half price untuk buat passport nih. Dari RM300 jadi RM150. Aku fikir shopping mall je yang tengah ade diskaun hebat musim nak raya ni rupanya passport pun ade buat 'sale' ! Haha best betul ;p

So disebabkan ingin mendapatkan diskaun hebat tuh, kami pun bergegas la ke destinasi kedua pulak, iaitu Pejabat Medic Mesir dekat Seri Kembangan. Dari Jalan Reko ke sana jauh jugak tau! Nasib baik rumah memang area Bangi je, so tak la seteruk kawan2 aku yang lain yang ade sampai dari Terengganu, Kelantan, Johor, Sabah dan lain2..

Urusan kami di sini adalah untuk membuat segala macam pembayaran. Ni list dia:

Premedic               : RM2500 *baki dari bayar deposit RM500 dari total RM3000*
Tiket Flight            : RM2500 *agent akan belikan bersama bakal2 housemate*
Rumah di Mesir     : RM2500 *agent akan cari rumah dan belikan barang2 asas rumah*
Surat Twaran Ori   : RM4500 *baki dari bayar deposit RM5000 dari total RM9500*
JUMLAH              : RM12000 *SELESAI SEMUA BAYARAN*

Banyak kannnnn? Abah bayar cash depan mata. Aku ternganga gak. Aku tau abah dah bertungkus lumus kerja keras unutk kesenangan aku belajar. Sweet kann? Sangat terharu dan bersyukur dapat seorang ayah yang sanggup berkorban segala harta tenaga dan macam2 untuk anaknya. InsyaAllah abah, anakmu ini akan cuba sedaya upaya belajar bersungguh2 dan tidak menghampakan harapan dan tidak mengsia2kan usahamu . Korang, aminkan tau! HAHA thx :')

Ini banner PreMed yang kene bayar RM3000 tuhh

Next, back to pejabat imegresen. Buat passport. Yay yayyyyy! *Sorry. Korang kena selami sikit jiwa jakun aku nihhh* Hahahaha :D Okay  mase ni ade perkara memalukan sikit. Dialog :

Pakcik Imegresen : ... berape?
Aku                     : Huh? belom amek?
Pakcik Imegresen : Umur berape?
Aku                     : Er 18. Ingatkan tanya no.giliran. *cakap la kuat sikit. malu je -.-"*

Lepas dah pergi kaunter untuk settlekan, passport dah boleh siap selepas sejam. Terima kasih kepada pemodenan sebab kalau tak makan masa jugak nak siap. Yang menjadikan lama proses nye adalah untuk menunggu giliran nombor ke kaunter. Alahai tak suka betol nak menunggu. Nasib baik dorang bukak banyak kaunter. So setiap nombor tu cepat jugak lah jalan.

Tengok2 jam dah pukul 12.24pm. Cepat betol masa berjalan. Betul lah kata orang, kalau masa kita diisi dengan perkara yang bermanfaat, kita tak rasa pun masa tu berjalan, cepat je dia bergerak. So sebab dah lambat, kami tak tunggu sejam lagi sebab dah penat terpacak tunggu giliran. Kami balik dulu dan amk petangnya nanti sebab kami memang ada bercadang nak keluar shopping raya. Haha

So petang tuh,sebelum shopping,uruskan dulu ape yang patut,amek passport. Sambil ambil uteh punya mykad. Dah besar adik aku rupanya..

Then pergi Metro Kajang. Mama tak lepaskan peluang nak pergi jalan2 masa weekday sebab orang tak ramai plus abah tengah ade,so best sikit. Haha. Sekarang mama dah memilih barang jenama je untuk beli barang2 beliau. Aku pun tak tau sejak bila datangnya kesukaan beliau yang macam ni, sebab dulu tak kesah pun asalkan cantik. Ntahla,maybe perubahan hormon kot. Aku biarkan aje walaupun kadang2 disagree dengan beliau. Tapi sudah beliau itu mamaku, jadi ape yang buat beliau happy dan tak salah,aku biarkan sahaja la untuk mama :)

Oh ya, malam pulak aku dapat balik kereta Neo aku yang dah lama tersadai dekat bengkel sejak aku accident bulan April lepas. Lama gila kan?? Abah busy dan tak sempat nak settlekan hal insurans. Memandangkan tinggi jugak kos nak baiki, tak sanggup lah aku nak bagi abah keluarkan duit sendiri. Tunggu lah insurans. So penat aku sabar, akhirnya dapat balik harta aku tuhh. Hee..

Terima kasih untuk hari ini abah..

No comments:

Post a Comment