Sunday, December 28, 2014

Umrah Tak Jadi.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Mood menulis adalah sayu. Tengok tajuk, rasanya tak yah explain lagi tahu dah kot kenapa. Hmm

Patutnya winterbreak ni ada orang ajak ke tanah suci tu, katanya mahram ada yang akan cuba setel kan. Maka dah minta izin keluarga, memula mama minta tunggu mama sekali, tapi abah bagi. So YEAYYYYYY! Tapi nak dikatakan Allah lah jua sebaikbaik perancang, maka tak dapat lah pergi dalam masa terdekat.

Apepun, tak marah atau kecewa pada manemane pihak. Memang belum rezeki lagi. Ade la tu kot nanti masanya Allah takdirkan sampai kalau ajal panjang. Mengharap ada rezeki jejakkan kaki ke sana. InsyaAllah.

Dan sebab diri sendiri tak boleh duduk diam, jadi ada plan macam nak balik Malaysia, kekonon nak buat surprise kat mama abah. Adikadik tu ade yang nak masuk sekolah menengah, ade yang nak masuk sekolah rendah, excited nak tengok diorang pakai baju baru.

EH? macam aku pulak yang dah jadi mak ayah. haha luls.

But then, fikir balik, sebab tak ley buat keputusan macam tu je. Kalau aku balik, akan ada banyak jugak benda tergendala. Hadekhadek kesayangan kat Mesir ni nak exam, mesti akan perlukan perhatian, ade jugak kengkawan lain yang maybe akan perlukan pertolongan di saat nak masuk fatrah imtihan ni, Hmm..

So ottoke? Tak tahu cane nak buat keputusan. Maka istisyarah la, iaitu tanya pendapat orang sekeliling. Siap dah buat pros and cons, senang nak bentang minta pendapat dan nasehat.

Dan satu paling deep yang aku tak terfikir langsung:

"Financial family cane?"
"Awak anak sulung kan? Banyak lagi parent nak tanggung"

GULP. DEEP.

Takut nanti balik bukan diorng terkejut happy, takut terkejut duit melayang sesuka hati je anak diorang balik cuti kelua duit dari bank. Hmmm.

Had a lot to do. Had quite long to-do-list on my mind for both choice. So ada masa lagi, akan fikir lagi. Cuma orang lain busy study nak exam, aku sibuk bende lain. Haha

Need to study as well. Nak mumtaz this year. Ameen. InsyaAllah. Doakan ye. Syukran.

No comments:

Post a Comment