Bismillah.
Assalamualaikum.
Nak masuk tahun ke empat dok Mesir ni, saya tak nafikan semakin lama ujian yang mendatang semakin berat. Takkan saya list out semua setiap ujian, tak nak hilang pahala bersabar saya apabila menceritakan. Haha
"Dan sesungguhnya, Kami benarbenar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang yang benarbenar berjihad dan yang bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu"
[Muhammad, 47:31]
Perhubungan yang saya maksudkan seperti yang tertera pada tajuk, adalah hubungan kawan antara saya dan beberapa sahabat. Ada antara mereka yang sangat rapat, ada yang pernah rapat, dan ada yang biasabiasa saja. Seperti pentingnya nilai persahabatan pada saya terhadap mereka, maka ujian ini sangat berat tertusuk dalam dada.
Bukan soal rapat macam mana yang saya nak tekankan, tapi sesudah suatu peristiwa teguran, terasa jarak yang menjauh. Sedih. Jujur saya sedih amat.
Mungkin cara saya dan kawankawan yang tak tahu cara menegur, maka sangatlah saya mohon sebuah kemaafan. Kalau lah mereka tahu bahawa bukan niat di hati kami nak menyakiti mereka, tapi menjaga mereka, alangkah baiknya.
Tapi tak semua perkara kita boleh terangkan pada semua. Ada perkara segelintir sahaja harus tahu. Dan bukanlah kami pihak yang mengadu domba memperbesarkan hal dengan menyebarkan atau mengwarwarkan pada sesipa, Serius bukan dikalangan kami. Kalau betul kenal cara kami, saya tau kawan saya tu takkan rasa kami pihak yang jadi tukang sebar. Kalau lah kawankawang saya tu tahu dan mahu memahami.
Masih dari lubuk hati, nak sebuah perhubungan persahabatan ini kembali terjalin mesra. Kembali boleh bergelak ketawa, kongsi suka duka, dan saling menasihat dengan kesabaran. Saya rindu sangat pada momen momen lama bila semua masih okay.
Apalah makna sesebuah perhubungan kalau yang dikongsi hanya perkara baik yang sementara, tapi bukan teguran yang membawa amal untuk Hari Pembalasan nanti? Sungguh, diri ni hanya nak menjadi sahabat yang membawa kawankawan lain dan diri sendiri mencapai ketenangan untuk Hari Kemudian itu.
"Temanteman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa"
[Al-Zukhruf, 43:67]
Kalau salah itu dari pihak saya dan kawankawan, maka sejuta kali maaf kami harapkan. Moga nya bisikan halus syaitan dalam mengeruhkan nilai sebuah ukhwah itu tak la kita termakan. Dengar lah bisikan nurani hati yang fitrahnya inginkan kebaikan, bukan bisikan nafsu yang selalu mengeruhkan.
Kerna saya juga manusia biasa, saya tahu kalian juga tak mahu sebarang pertelingkahan. Bukan ini tujuan kita diciptakan. Rindu dan sayang, moga Allah memelihara ukhwah di antara kita. Ameen, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment