Sunday, December 28, 2014

Lembaran Baru.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Setelah sekian lama, hampir dua tahun belog ni senyap, lepas ni akan cuba membising semula. 

Ala kulli hal, sebenarnya saya dengan jujur dari hati paling dalam merasa syukur sebab belog ni dah diam untuk masa yang agak panjang, sebab bila saya tengok sekali imbas pada postpost lama..

Astaghfirullah.
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..

Malu teramat dengan diri yang lalu. Post yang majoriti hampir semua langsung tak membawa manfaat, malah ada rasanya yang menjatuhkan iman.

Segala mencarut, segala gambar tak cukup tutup, segala merepek yang saya rasa membuang masa pembaca sahaja bila baca. Untuk itu saya mohon maaf atas segala kesalahan, segala masa yang terbazir bila membaca luahan hampir tak masuk akal. Sudahlah, saya sendiri tak mampu ucapkan betapa saya sendiri merasa teruk menulis semua yang lalu.

Sebagai permulaan, Alhamdulillah Allah izinkan belog ini untuk saya log in semula setelah sekian lama saya lupa password. Haha pelupa amat. Kene makan kismis rerajin lepas ni. Dan bila dah dapat masuk, saya telah pun mendelete segala post yang langsung tiada faedah.

EH. TAPI KALAU ADE LAGI YANG TAK DELETE SILA LAH BAGITAHUUU :')

Saya mahu mula menulis semula. Dengan ayat yang lebih baik. Dengan isi yang lebih bermanfaat. Supaya andaanda yang membaca terisi. Sebagaimana kita tiap hari bila lapar perut mula muzik itu ini, kita sumbat mulut dengan makanan. Kita juga mesti bagi makanan bila hati kita asyik sakit sebab dunia yang semakin parah.

Saya akan mencuba, tapi saya juga tak sempurna. Iman manusia itu ada turun naiknya, kerna yang iman sentiasa di bawah itu adalah syaitan dan sentiasa tinggi iman itu adalah malaikat.

Banyak yang nak saya ceritakan. Moga Allah izinkan. Doakan saya lebih bijak meyusun masa selepas ini. Sebab masa itu sama saja antara semua, tetap 24 jam, tak lebih tak kurang. Yang bezakan adalah bagaimana kita isi masa sebaiknya, sebelum sampai hari Kebangkitan nanti Allah soal, bagaimana kita guna masa muda kita?

Deep. Saya sendiri takut. Moga masih belum terdapat untuk kita sesama perbaiki diri. 


No comments:

Post a Comment