Bismillah.
Assalamualaikum.
Hidup ni sungguh bukan untuk diguna pakai atau dimanfaatkan sendirian kan?
Pernah dengar ada orang share cakap:
"Kalau Allah sayangkan seseorang, Dia akan guna orang tu bebetol. Dalam erti kata lain, Allah akan banyak manfaatkan orang tu sebaiknya"
Jadi nak tengok Allah sayang kita ke tak, cuba tengok dalam seharian, ade tak kita ni bermanfaat untuk orang lain?
GULP.
Tak tahu lah dalam sehari tu ade ke tak bermanfaat untuk orang lain.
Entah entah bukan takat tak bermanfaat, malah lagi menyusahkan.
Ade pernah terfikir macam ni? Hmm.
Dan kalau bermafaat pun, kene recheck balik, dah cukup ikhlas? Ke entah entah ade riak dalam jiwa. Nauzubillah.
Sungguh ikhlas tu umpama semut hitam,
atas batu hitam,
dalam malam yang gelap.
Tak siapa nampak. Kalau ada, maka ada. Kalau tiada maka tiada. Allah je tahu, kekadag diri sendiri pun ragu.
Dan sungguh susah je la sebenarnya nak bermanfaat untuk orang lain. Melebihkan orang lain, dalam erti kata lain, Itsar.
Cuma kekadang dalam usaha ke arah itu, kekadang aku terfikir, boleh tak kalau kengkadang nak buat kerja sendiri.
I mean like, nak tak kisah pasal orang lain. Nak senangkan diri sendiri. Sebab nak senangkan orang lain, selalu dia tak fikir kita pun. Eh penat ke ape ni?
Hmm kalau camtu, nanti kat akhirat bila Allah kata kita tak layak masuk syurga sebab tak cukup buat baik, mase tu nak bagi alasan kita penat layan kerenah orang lain ke? Lepas ke takat jawab macam tu?
Kenapa sebenarnya kita nak kena cuba jugak untuk buat baik pada orang, bawak diorang dekat pada agama ni? Walaupun kita bukan ustaz/ustazah? Walaupun ape orang buat dekat kita? Sebab nanti akhirnya buku amalan kita sendiri kita yang tanggung atas apa jua yang tertulis kat atas tu.
Maka nak share satu ayat favourite. Salah satu la sebab dari Quran banyak sangat verse menarik sebenarnya:
"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
[Al-Taubah, 9:41]
Jadi tak kira lah kita malas atau tengah rajin. Bila futur aatau iman tengah naik, kita kena jugak mengangkat diri kita ni untuk berbuat kebaikan. Kena jugak memanfaatkan diri pada orang lain.
Macam cerita Divergent tu, haha. Salah satu geng yang ada kan Abnegation, dan ape diorang buat ni adalah berbuat kebaikan pada orang lain. Walaupun dalam cerita tu ada je cakap geng lain tu berbuat kerja diorang, betul lah setiap manusia tu Allah cipta berbeza ade kelebihan dan kelemahan tersendiri.
Tapi fitrahnya, semua manusia itu suka kebaikan. Even orang jahat cane pun, mesti kalau dia ada geng nak geng dia tu setia pada dia, tak khianat dia. Kalau geng dia takde kebaikan dalam diri, apa kan dapat nak buat camtu pada geng dia jugak? Tak.
EH. Tak tahulah ape analogi aku bagi ni. Haha
Tapi simple nye camtu la. Keep on buat baik pada orang sekeliling. Lantaklah lah kalau takde orang perhati, sebab at the end bukan manusia yang akan kira buku amalan kita, tapi Allah yang sentiasa memerhati. 24 jam sehari semalam seminggu 7 hari tanpa henti dari dulu sampai kini dan selamanya.
Dan kalau pun ape kita sedang usahakan tu hasil tak seperti mana kita harapkan, merasa syukurlah sekurangnya kita telah berusaha. Buakan setakat goyang kaki, tapi harapkan syurga tinggitinggi. Hmm
Moga dalam diri kita semua masih ada secebis nilai kemanusiaan untuk berbuat baik dan adil kepada orang lain, sepertimana kita sendiri mahu dilayan oleh orang lain. Ameen. InsyaAllah.
NB: sebenarnya diri sendiri tak betul, jadi bila tulis ni rasa lega sikit sebab berjaya keluarkan ayat nak pujuk diri sendiri. haha. Hmm, ayuh diri Kuatlah Kerana Allah :')