Hari ni mood happy sebab mama abah saya yang tersayang punya perkahwinan telah menjangkau 19 tahun iaitu setahun tua dari saya. Wahhhhh congratulation mama abah :)
Saya harap ia bukan setakat menjangkau 19 tahun tetapi selama mungkin selagi ada hayat mereka, dan insyaAllah di Akhirat sekali. Saya sangat sayang sama mereka, sebab tu saya sangat berharap agar perkahwinan mereka diredhai Allah dan mereka saling menyayangi antara satu sama lain kerana Allah supaya cinta mereka berkekalan hingga ke alam Akhirat..
Untuk ulang tahun perkahwinan mereka kali ini, saya tak dapat lagi mahu bagi hadiah yang mahal2 branded2 berkuali2. Seikhlas tulus dari hati saya yang kecil nih, saya hanya mampu bagi sekeping kad yang di buat dengan kreativiti sendiri sebagai tanda saya amat menghargai perkahwinan mereka..
Mengapa saya sangat menghargai perkahwinan mama abah saya? Kerana melaluinya saya dapat lahir ke dunia ini dan menikmati pelbagai nikmat dan kurniaan Allah. Saya juga dapat merasa hidup dalam sebuah keluarga yang bahagia. Saya dapat menjadikan abah saya sebagai model lelaki yang berjaya, dan mama saya sebagai wanita yang tabah. Saya dapat macam2 lagi yang orang lain tak dapat. Bukan riak, cuma sangat mensyukuri dengan segala nikmat yang diterima. Alhamdulillahhh :)
Kad yang saya bagi sangat simple. Saya seorang yang lebih suka untuk jadikan sesuatu hadiah itu boleh dijadikan kenangan dan kalau boleh dibuat sendiri. Bagi saya itu menunjukkan kita lebih bersungguh dan akan buat sang penerima lebih mengingati kita berbanding kalau beli kad dekat kedai2 alat tulis tuhh..
Saya cuma guna sekeping kertas warna hitam dan dilipat tiga bahagian sebab setiap tu mewakili saya dan 2 adik beradik yang lain. Kenapa hitam? Maybe sebab hitam nampak kemas. HAHA. Dan juga senang nak matching dengan colour lain..

Then nak bagi ceria sikit, saya sediakan beberapa gambar kenangan mereka berdua dan sekeluarga untuk ditampal supaya mereka boleh refresh balik semua tu dengan rasa senang hati :)

Lepas tuh, saya masukkan unsur penting dulu di tengah, iaitu ucapan dari saya dan adik2. Pelbagai style kan? Cuma lawak bila ade sorang adik nih tak ingat kad ni sempena anniversary,dia pergi buat pasal raya.
Sengal kan? HAHAHA
So untuk tambahan, saya guna kata2 yang saya dapat dari internet dan luahan hati sebagai hiasan dengan harapan bila mereka baca, hubungan itu bertambah erat. InsyaAllah..
Cover. Ni paling penting, tapi dont know why, ini lah yang terakhir saya buat. Haha. Saya berpuas hati dengan hasil kerja saya. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan dan memberi idea walaupun tak rancang segala hiasan dan kata2 itu :)
Saya sayang sangat mereka. Saya harap mereka juga begitu sebab selalu orang kata macam mana kita rasa terhadap seseorang itu, macam tu lah dia juga rasa terhadap kita. Lepas bagi kad ni, mama abah suka. Wahh puas hati. InsyaAllah bila kakak dah kerja nanti, kakak mesti bagi hadiah bila datang tarikh2 penting ni walaupun ia tak mungkin dapat membalas jasa mama abah. So again, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan!