Thursday, July 28, 2011

Innalillahh

Salam semua..

Hari ni saya kematian kucing.
Kucing ini bukanlah kucing belaan saya secara rasmi.
Beliau yang tiba2 baru2 ini muncul di sekitar rumah saya dan datang untuk makan.
Setelah diberi makan Friskies,beliau dapati rumah saya sesuai untuk didiami,maka beliau tinggal lah dengan suka hati bersama 3ekor kucing sedia ada yang menjadi belaan saya secara rasmi..

Tapi sebab dia bukan officially belaan aku,of corse tak dilayan baik sangat *jahatnye aku :(
Walaupun yang lain2 ade kena marah,tapi dia nih lagi selalu kena marah.
Aku bukan jenis yang suka kucing terlebih manja,tapi dia nih sangat manja..

Tiba2 pagi tadi abah aku jumpa kucing nih dah keras kat luar pagar rumah.
Kitorang tak tau punca dia mati kenapa.
Tapi kitorang percaya maybe dia tersepit dekat pagar automatik rumah aku.
Sebab badan dia macam sebelah tu straight je dah tak de lekuk2 tulang =.=
Kucing2 aku yang lain maybe dah alert dengan pagar tu sebab dah biasa.
Tapi as i told you,dia nih kucing baru..

So sangat sedih bila kucing yang selalu aku marah ni pergi buat selamanya.
Walaupun hadirnya sekejap,tapi bila dia pergi,terasa sayu betul.
Tapi aku puas hati aku ade bagi dia makan semalam walau macam mana pun aku marah dekat dia.
Sekurang2nya dia tak mati kelaparan atau mati dalam keadaan lapar..


As i told you,badan dia sebelah macam dah leper.
Semut2 dan lalat dah kerumun dia :(

Ambil suratkhabar lama untuk bungkus dia sebelum ditanam.


Dah jumpa tempat sesuai untuk dikebumikan.
Sama area dengan arwah kucing parsi aku dulu,Cadbury :(

Selesai dah urusan. Bye2 kucing. Terima kasih sempat jadikan rumah saya sebagai persinggahan dalam perjalanan hidup anda. Innalillah..

Sesiapa yang terasa seram baca entry ni,maaf sangat2. Aku cuma nak cerita ape yang berlaku dalam kehidupan seharian aku. Aku agak menyesal sebab layan kucing ni dengan agak teruk. Well people used to learn how to treat others better when its gone. Aku harap lepas ni aku akan layan semua benda dan kejadian di sekeliling aku dengan lebih baik tanpa mengharapkan ape2 balasan. InsyaAllah :)

Persediaan 1st year Medic

Salam semua..

Hari ni aku nak cerita pasal kehidupan 2 bulan aku dekat Fakulti Kesihatan dan Perubatan UPM. Eh aku buat ape ye dekat situ? Aku bukan student UPM pun, just agent yang akan bawa aku ke Mesir nanti menumpang di UPM untuk buat Pre-Medic 2 bulan dekat situ.. 

PreMedic ni kira sebagai persediaan basic,mengajar apa yang kitorang2 yang akan ke Mesir ni belajar masa kitorang 1st year dekat sana nanti. Yelah, kitorang ni mostly lepasan SPM, so pengetahuan pasal medic tu semua nye zero. Kalau dah tak tahu ape2, susah la kitorang nak survive dapat result cemerlang nanti, berbanding dengan mereka2 yang dah pernah ambil A-level atau asasi (foundation) atau pun matrix..

Sebenarnya tak semua agent buat persediaan macam ni. Cuma Medic Mesir ni, sangat prihatin akan pelajar2 dia. Agent ni nak semua pelajar yang under dia dapat mumtaz (cemerlang) masa 1st year so that kitorang2 akan dapat tajaan atau biasiswa atau pinjaman. Best kannn? Aku bersyukur sangat sebab ditemukan dengan agent ni. Alhamdulillah..

Fasiliti yang ade dekat UPM pun sangat memuaskan hati. Jarak antara dewan kuliah dengan hostel pun dekat je, lebih kurang 500 meter. Bunyi macam jauh, tapi kalau dah hari2 lalu jalan tu rasa dekat lah, plus kitorang tak payah susah2 nak kejar bus or whatsoever transport..

Hostel pun bukan macam dorm. Actually lebih tepat untuk dipanggil rumah sebab dia macam apartment. Sebab dalam satu rumah tu ade 4 bilik. 1 bilik muat 2 orang. So 1 rumah ade 8 penghuni. Best kannn? Dalam 1 rumah dah siap ade toilet, tempat basuh baju, tempat iron baju, ampaian, dapur dan kabinet isi makanan, ruang tamu dan rak kasut. Setiap bilik ade 2 katil, 2 meja study siap ade table lamp, rak buku and laci, 2 almari baju, 2 penyangkut tuala. Complete lah. Tinggal kat sini memang tak rasa kurang ape2 sebagai student..

Cakap banyak pun tak guna kan? Haha so baik korang tengok sendiri gambar2 ni, baru dapat gambaran sebenar..

Ini ruang tamu. Tempat aku dan housemate kumpul unutk meeting, lepak dan makan.
Carpet tu housemate yang bawa ye. Bukan disediakan. Haha


Ini dapur, kabinet isi makanan dan tempat iron baju.
Teringat kain pelekat roomate aku tu habis berlubang pasal aku. Hahaha XD


Toilets. Inilah tempat yang paling favourite.
Tempat menyanyi dan karaoke sama2! Hahaha :D


Ampaian dan tempat basuh baju.
Sebelum datang UPM, aku tak pernah basuh baju guna tangan sendiri,selalu pakai mesin je. Haha


Katil aku berbalut cadar biru berbunga bersama barney tersayang yang abah belikan masa aku darjah 4.
Bantal busuk mesti dibawak woooo! Hehe XD


Meja study lengkap dengan board, table lamp,rak buku dan laci.
Meja ni la tempat aku online facebook sampai 4 pagi. HAHAHAHA ;P


Okay aku dah tunjuk semua yang ade dalam rumah aku dekat UPM. Actually masa aku tulis nih, aku dah pun berada di rumah. Terasa nak update pasal kehidupan belajar selepas SPM, so aku cerita la pasal ni. Gonna miss all these things :)

Wednesday, July 27, 2011

Cukup

Assalamualaikum kawan2..

Selama ni aku banyak gila post entry2 yang menjiwang dan merapu dan mengarut kan?
Korang bosan tak baca? Haha

Okay lah aku sebenarnya nak cuba berhenti tulis entry2 mengarut.
Cukup lah dengan ape yang aku tulis selama ni.

CUKUPLAHH..

Aku nak cuba tulis entry2 pasal life yang bawa makna positif dalam hidup aku.
Aku nak cuba tulis entry2 berkaitan perkara yang boleh motivate diri aku dan orang lain yang membaca.
Aku nak cuba menjadikan hidup aku yang hari ni dan esok2 lebih baik dari semalam.

Doakan aku kawan2. Terima kasih..


Ambil dari photobucket.
Dengan harapan menjadi motivasi aku untuk terus senyum :)