Tuesday, December 30, 2014

Abnegation.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hidup ni sungguh bukan untuk diguna pakai atau dimanfaatkan sendirian kan?

Pernah dengar ada orang share cakap: 
"Kalau Allah sayangkan seseorang, Dia akan guna orang tu bebetol. Dalam erti kata lain, Allah akan banyak manfaatkan orang tu sebaiknya"

Jadi nak tengok Allah sayang kita ke tak, cuba tengok dalam seharian, ade tak kita ni bermanfaat untuk orang lain?

GULP. 

Tak tahu lah dalam sehari tu ade ke tak bermanfaat untuk orang lain.
Entah entah bukan takat tak bermanfaat, malah lagi menyusahkan.
Ade pernah terfikir macam ni? Hmm. 

Dan kalau bermafaat pun, kene recheck balik, dah cukup ikhlas? Ke entah entah ade riak dalam jiwa. Nauzubillah. 

Sungguh ikhlas tu umpama semut hitam,
atas batu hitam,
dalam malam yang gelap.

Tak siapa nampak. Kalau ada, maka ada. Kalau tiada maka tiada. Allah je tahu, kekadag diri sendiri pun ragu.

Dan sungguh susah je la sebenarnya nak bermanfaat untuk orang lain. Melebihkan orang lain, dalam erti kata lain, Itsar. 

Cuma kekadang dalam usaha ke arah itu, kekadang aku terfikir, boleh tak kalau kengkadang nak buat kerja sendiri.

I mean like, nak tak kisah pasal orang lain. Nak senangkan diri sendiri. Sebab nak senangkan orang lain, selalu dia tak fikir kita pun. Eh penat ke ape ni?

Hmm kalau camtu, nanti kat akhirat bila Allah kata kita tak layak masuk syurga sebab tak cukup buat baik, mase tu nak bagi alasan kita penat layan kerenah orang lain ke? Lepas ke takat jawab macam tu?

Kenapa sebenarnya kita nak kena cuba jugak untuk buat baik pada orang, bawak diorang dekat pada agama ni? Walaupun kita bukan ustaz/ustazah? Walaupun ape orang buat dekat kita? Sebab nanti akhirnya buku amalan kita sendiri kita yang tanggung atas apa jua yang tertulis kat atas tu.

Maka nak share satu ayat favourite. Salah satu la sebab dari Quran banyak sangat verse menarik sebenarnya:

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
[Al-Taubah, 9:41]

Jadi tak kira lah kita malas atau tengah rajin. Bila futur aatau iman tengah naik, kita kena jugak mengangkat diri kita ni untuk berbuat kebaikan. Kena jugak memanfaatkan diri pada orang lain.

Macam cerita Divergent tu, haha. Salah satu geng yang ada kan Abnegation, dan ape diorang buat ni adalah berbuat kebaikan pada orang lain. Walaupun dalam cerita tu ada je cakap geng lain tu berbuat kerja diorang, betul lah setiap manusia tu Allah cipta berbeza ade kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Tapi fitrahnya, semua manusia itu suka kebaikan. Even orang jahat cane pun, mesti kalau dia ada geng nak geng dia tu setia pada dia, tak khianat dia. Kalau geng dia takde kebaikan dalam diri, apa kan dapat nak buat camtu pada geng dia jugak? Tak.

EH. Tak tahulah ape analogi aku bagi ni. Haha

Tapi simple nye camtu la. Keep on buat baik pada orang sekeliling. Lantaklah lah kalau takde orang perhati, sebab at the end bukan manusia yang akan kira buku amalan kita, tapi Allah yang sentiasa memerhati. 24 jam sehari semalam seminggu 7 hari tanpa henti dari dulu sampai kini dan selamanya.

Dan kalau pun ape kita sedang usahakan tu hasil tak seperti mana kita harapkan, merasa syukurlah sekurangnya kita telah berusaha. Buakan setakat goyang kaki, tapi harapkan syurga tinggitinggi. Hmm 

Moga dalam diri kita semua masih ada secebis nilai kemanusiaan untuk berbuat baik dan adil kepada orang lain, sepertimana kita sendiri mahu dilayan oleh orang lain. Ameen. InsyaAllah.


NB: sebenarnya diri sendiri tak betul, jadi bila tulis ni rasa lega sikit sebab berjaya keluarkan ayat nak pujuk diri sendiri. haha. Hmm, ayuh diri Kuatlah Kerana Allah :')


Sunday, December 28, 2014

Mainan Hati.

Bismillah. 
Assalamualaikum.

Hmmm. hmmmm.. Tak tahu macam mana nak mula kali ni. Tak tahu apa sebenarnya kondisi hati. Manusia itu sifatnya tamak selalu. Tak puas dengan apa yang ada, semua pun nak dimiliki.

Dan aku juga seperti manusia itu tanpa terkecuali.

Melihat dari jauh sesuatu yang belum pasti, memerhati setiap gerak geri. Aku sendiri tak pasti kenapa dan bagaimana aku boleh jadi macam ni.

Pastu lagi memang parah tahap gaban lah kalau sambil layan lagu 'Cinta Dalam Hati-Ungu'
DUHHH

Walau pun tahu kene jaga hati, walaupun tahu iman tu tak lah tinggi mana, tapi tetap degil. Jadi sendiri buat kene sendiri tanggung. 

Sebab tu dari awal, Allah bagi langkah berjagajaga, Allah suruh tundukkan pandangan. Sebab dari mata turun ke hati. Dah tak jaga mata, cemane pastu kau boleh harap dapat nak jaga hati? Even the fisrt step pun dah fail.

Bukan Allah suruh tundukkan pandangan sampai langgar tiang tembok,
Bukan Allah suruh ada jarak sampai menyusahkan urusan tak dapat diselesaikan,
Bukan Allah buat peraturan sesaje nak menyusahkan, tapi kerna Dia tahu itu yang hambaNya perlu lakukan.

Dia tahu hambaNya akan susah nak kawal diri, kawal hati, kawal emosi. Maka dari awal Dia minta kita menjauh. Mencegah lebih baik dari merawat kan?

Tapi hakikatnya nak jaga hati tu memang payah. Sebab tu dikira kene mujahadah. Mujahadah tu memang payah, kerna Syurga tu mahal. Bukan senang nak masuk cam tu je.

Ya Allah, Dunia ni banyak sangat dah dalam hati. Keluarkan lah Ya Allah.
Segala kehendak duniawi jauhkan lah Ya Allah.
Biarlah dunia ni hanya di tangan, dan akhirat tu yang di dalam hati.


T.T




Umrah Tak Jadi.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Mood menulis adalah sayu. Tengok tajuk, rasanya tak yah explain lagi tahu dah kot kenapa. Hmm

Patutnya winterbreak ni ada orang ajak ke tanah suci tu, katanya mahram ada yang akan cuba setel kan. Maka dah minta izin keluarga, memula mama minta tunggu mama sekali, tapi abah bagi. So YEAYYYYYY! Tapi nak dikatakan Allah lah jua sebaikbaik perancang, maka tak dapat lah pergi dalam masa terdekat.

Apepun, tak marah atau kecewa pada manemane pihak. Memang belum rezeki lagi. Ade la tu kot nanti masanya Allah takdirkan sampai kalau ajal panjang. Mengharap ada rezeki jejakkan kaki ke sana. InsyaAllah.

Dan sebab diri sendiri tak boleh duduk diam, jadi ada plan macam nak balik Malaysia, kekonon nak buat surprise kat mama abah. Adikadik tu ade yang nak masuk sekolah menengah, ade yang nak masuk sekolah rendah, excited nak tengok diorang pakai baju baru.

EH? macam aku pulak yang dah jadi mak ayah. haha luls.

But then, fikir balik, sebab tak ley buat keputusan macam tu je. Kalau aku balik, akan ada banyak jugak benda tergendala. Hadekhadek kesayangan kat Mesir ni nak exam, mesti akan perlukan perhatian, ade jugak kengkawan lain yang maybe akan perlukan pertolongan di saat nak masuk fatrah imtihan ni, Hmm..

So ottoke? Tak tahu cane nak buat keputusan. Maka istisyarah la, iaitu tanya pendapat orang sekeliling. Siap dah buat pros and cons, senang nak bentang minta pendapat dan nasehat.

Dan satu paling deep yang aku tak terfikir langsung:

"Financial family cane?"
"Awak anak sulung kan? Banyak lagi parent nak tanggung"

GULP. DEEP.

Takut nanti balik bukan diorng terkejut happy, takut terkejut duit melayang sesuka hati je anak diorang balik cuti kelua duit dari bank. Hmmm.

Had a lot to do. Had quite long to-do-list on my mind for both choice. So ada masa lagi, akan fikir lagi. Cuma orang lain busy study nak exam, aku sibuk bende lain. Haha

Need to study as well. Nak mumtaz this year. Ameen. InsyaAllah. Doakan ye. Syukran.