Tuesday, January 24, 2012

Assesment : Anatomy


Salam semua..

Rindunye nak berblog. Rindunya nak menaip dekat sini. Apekan daya, masa semakin suntuk untuk terus melekat dengan kamu je wahai encik blog. Sorry ye..

Sebelum ni kan aku selalu je update ape yang aku buat dekat Mesir ni, sebenarnye kan banyak lagi nak dicerita, tapi tak tahu lah dapat ke tak. Tengok la dulu ye. Walaupun aku tahu tak de siapa pun yang follow and baca semua yang aku tulis ni, tapi aku puas hati bila aku dapat tulis ape yang aku lalui dalam hidup aku ni. Biarlah walaupun aku syok sendiri. HAHA

Ok kali ni nak cerita pasal  Assesment Anatomy.  Ini sebenarnya adalah assement last yang gamaah buat, selepas lagi dua subjek dah buat akhir tahun lepas. Yang lagi dua subjek yang dimaksudkan adalah Histology dan Physiology. Biochemistry tak tahulah bila assesment. Tapi kalau tak de pun bagus. HEHE

So this assesment doesn't go as smooth as i thought. Susah wehhhhh! Benci betul. Yang aku baca dan ulang banyak kali dan fokuskan, dia tak masuk. Yang aku kurang baca dan lepas tangan dan tak ambil peduli, yang tu jugak la nak penuhkan kertas soalan tu. Haihhh. Lepas ni kena fokus semua dah. Jangan ade yang nak di anak tiri kan. Padan muka tak baca semua T.T

Actually, assesment ni 10soalan je. Plus soalan dia format MultiChoiceQuestion (MCQ) je pulak tuh. Tapi buku yang nak dihabiskan adalah tiga buah. Berape ratus muka surat kena cover just untuk jawab 10 soalan MCQ. Ade sampai kawan aku kata dia lagi prefer jawab soalan subjektif walaupun kena tulis jawapan panjangpanjang. Haha. Btw, assesment ni
 akan bawa 5% untuk final exam nanti..


Ceria kan meja study aku? Gambar semua orang yang aku rindu ade depan mata. Haha
Punya lah colourcolour aku hias bagi nak aku bersemangat untuk selalu stick to meja ni dan study dengan smart dan hard nya. Tapi susah sangat nak dapat capai matlamat aku tu. Walaupun susah, tapi aku kena cuba. Harus terus berusaha. Mesti terus berpijak di bumi yang nyata yang aku datang Mesir ni untuk belajar. Belajar menjadi seorang doktor. Belajar menjadi seorang muslimah. Belajar menjadi seorang doktor muslimah  yang baik. InsyaAllah. Harap dipermudahkan jalan dan usaha aku ni :)

Meja ni kena jadi kawan baik aku selama cuti winter 2minggu lepas ni. Sebab naik cuti je terus Midyear exam yang akan bawak 20% untuk final. Aku tak boleh nak mainmain. Jumlah yang aku score midyear ni akan tentukan sama ada aku akan dapat capai Mumtaz macam yang aku nak, sama ada aku dapat sahut cabaran Kak Hawa dan Abang Izz yang nak kamikami AJK tertinggi JomMumtaz dapat top30..

Semoga kesusahan menjawab assesment kali ni menjadi pembakar semangat untuk aku terus berusaha..

p/s : masa mesir, 11.45 malam 23January2012 :)

Monday, October 10, 2011

Dunia baru di Bumi Mesir


Salam semua! 

Sihat kah? Bahagia kah? Harap korang semua sihat, ceria dan diberkati Allah selalu :)

Hari ni nak cerita pasal kehidupan baru aku dekat Mesir. Sejak aku berhijrah ke Bumi Anbiya dan Firaun ni, ade banyak perkara baru yang aku jumpa. Betu lah pepatah, luas perjalanan banyak pengalaman. Betul ke salah eh? Sort of la kan. Ade banyak pengetahuan baru yang aku dapat. So tak kan nak simpan semua sorangsorang kan? Dengan murah hati, aku nak share dengan orangorang yang sudi nak membaca coretan hidup aku nih. Hee

        
Bak kata senior, dekat Mesir tak payah susahsusah nak pergi zoo, tengok tepi jalan pon dah boleh.
Haha sangat best and excited dapat tengok haiwan tepi yang kongsi jalan dengan kereta ni :)



Dekat sini ade banyak pokok yang diukir dengan nama Allah :)


Depan Masjid Badawi. Seronok bila dapat solat dalam ni :)

Bergambar depan Department Perubatan dengan classmate :)

Orang dekat sini sangat selamba angkut barang atas kepala walaupun sangat berat, especially perempuan. Dan kitorang sangat pelik macam mana boleh stabil? -.-

Dorang dekat sini banyak buat kerja manual.
Sampai panjat pokok nak potong daun pun tak pakai mesin.
Tinggi wooo!

So entry kali ni sampai sini je la eh. Nak save masa sebab banyak lagi post menanti untuk di type. Masa itu emas dan petroleum bagi aku okay? Haha. InsyaAllah aku akan cuba untuk selalu update, supaya family dan kawankawan Malaysia boleh tau perkembangan aku di perantauan ni. Walau se simple mana pun entry, akan aku usahakan untuk update jugak.. InsyaAllah..


Last but not least, ni antara moment dengan housemate & kawan yang rapat berlatar belakang kan sawah di Tanta Mesir. Ada cerita kelakar disebalik gambar ni. Tapi tak payah cerita kot. Haha. Hope this friendship last forever sampai syurga. InsyaAllah <3


Tuesday, September 27, 2011

Checklist

Salam semuaaaaa :)

Sihatkah masingmasing? Terasa macam sangat lama tak menulis. Rindu MirazaliE :') Masa menaip ni sebenarnya dah sebulan selepas tarikh sebenar di post. Tapi sebab nak post ikot kronologi peristiwa sebenar, tak de lah post ikot date berkurun blog ni tak di isi. Hee

So nak ceritacerita hal mengemas begbeg untuk bertolak ke Mesir, bakal rumah untuk 6tahun akan datang, InsyaAllah.. So lepas dah lama fikir ape nak dibawa, akhirnye bila dah last minute, barulah siap packing. Itupun dah pagi sebelum bertolak pun ade fikir lagi ape yang patut dibawa or  tak patut. Itu lah kalau dah selalu sangat buat kerja last minute. HAHA. Harap lepas ni boleh buang tabiat buruk ni. InsyaAllah :)

Inilah barangbarang nye:

PAKAIAN:

10 baju kurung - Tu pon banyak lagi yang terpaksa ditinggalkan. Sedihhh
1   jubah           - Bawak yang paling disukai dan selesa dan lawa. Hee
5   t-shirt           - Sebelum bertolak beli berhelaihelai tapi muat sikit je. Tak sukeeeee
5   blouse          - Termasuk 1 yang pakai masa bertolak. Haha
1   labcoat         - Ini wajib bawak wooo
2  seluar slack   - Bawa yang baru dan best. Haha
3  seluar track   - Nak menangis kena tinggal yang lamalama sedapsedap dipakai. Sob2
3  seluar jeans   - Ni pon 1angka tu termasuk yang dipakai masa bertolak.
1  telekung        - Bawak yang mama saya beru belikan. Thanks mama <3
4  tudung bawal - Bawak colour yang mudah matching. Senang hidup. Haha
6  shawl             - Lagi belasbelas helai tu menangis terpaksa ditinggalkan. Waaaaaa :'(
1  selipar           - Senang nak keluar masuk rumah
1  snicker          - Bawak satu je, tu pon yang buat pakai masa berlepas, yang lain tinggal :'(
1 kasut formal   - Bawak sebab dah beli & takut tinatina kena pakai tak de pulak

ALAT TULIS:

1  kotak pensel kayu
1  pencil box
1  pemadam
1  gunting
1  gam
6  highlighter berbeza colour
6  parmenent marker berbeza colour
6  pen merah biru hitam
1  kotak paper klip
1 kotak map pin
1 set kertas colourcolour
1 set sticker note
1 stapler
1 saletap
5 fail pelbagai colour
1 kalkulator
3 pendrive
1 set colour LUNA 36 batang berlainan colour

HIASAN:
3 eyeliner  - Aku pakai ni je, yang blusherblusher semua takde okayyy
1 lipbalm   - Mesir sangat panas dan kering, so ini sangat memerlukan
1 vaseline  - Ini sangat membantu untuk kulit kering
15 brooch - Bawak banyak tapi banyak jugak yang akhirnye tercabut2. Nasib baik banyak spare -.-
3 cincin     - Ni bawak je tapi tak pakai sangat pun
3 rantai     - Ni pun sekadar bawak tapi tak dipakai. Haha
3 jam        - 1adik punya, 1adik bagi & 1ayah punya. Sentimental value punye barang :)
10 gelang  - Semua gelang yang getah tu ye. Saya tak pakai emas. Hee
2 perfume - Setakat dipakai bila badan dah busuk. Bukan nak over ye
1 set johnson baby -  cukuplah dengan lotion, bedak, shampoo & sabun. Bawak kecik punye senang :D

BARANGAN RUMAH:

1 blender
2 paket santan kering
5 paket perencah nasi goreng
1 paket asam jawa
2 paket asam keping
10 paket kecil minuman 3in1 pelbagai rasa
1 paket ajinamoto
1 paket garam

LAINLAIN:
300USD
3 album gambar  - nak tatap wajah merekamereka yang akan dirindui
1 novel               - untuk jadi bahan bacaan bukan akademik. satu je dapat bawak :(
1 al-Quran         - sebagai panduan untuk mendidik diri menjadi seorang yang lebih baik
1 mathurat          - untuk dijadikan amalan. InsyaAllah...
1 kamera            - untuk ambil gambar semua benda dan abadikan kenangan :)
1 handphone       - sebagai alat penghunbung dangan rakanrakan dan keluarga di Malaysia nanti
1 papan panadol - jaminan masa sakit walaupun tak makan pun nanti. Hee
1 bekas vikcs     - ni pun alternatif je, tak pakai pun kot. Haha
         
Okay ni je kot yang aku bawak dalam 1beg sandang, 1luggage & 1kotak. Total dalam 30kg. Area ngamngam yang dibolehkan oleh Gulf Air untuk penumpangpenumpang dia. Padahal sebenarnya banyak sangat lagi barang yang tak dapat dibawak. Contohnya bantal busuk, walaupun bagi orang lain tak penting, tapu sayang kot dengan bende tuh..

Bilik kesayangan yang akan dirindui.
Barangbarang sume dah siap untuk masuk perut kapal terbang.
Bye bilik. Bye teddy bear sayang. Bye semua.
Gonna miss all these so much.
See you in the next 8month, InsyaAllah <3