Saturday, August 6, 2011

Because we are muslim

Salam ramadhan semua..

Amacam puasa? Semua full lagi kan. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk puasa penuh dan memanfaatkn bulan Ramadhan ni dengan baik.. InsyaAllah..

Kali ni tak mau tulis panjang2, just nak share satu link yang mungkin akan buat korang terfikir ape yang ade dalam link tu amat lah betul. Dalam link ni dia menyebut bahawa mengapa ape yang orang kafir buat sesuatu itu tidak menjadi masalah tetapi bila orang Islam buat bende yang sama, dunia akan cakap itu salah. Sangat tak adil kan?

Tengok nih dan sebar2 kan ye :)

http://fc01.deviantart.net/fs71/f/2010/201/c/0/Because_he_is_a_muslim____by_Nayzak.swf

Wednesday, August 3, 2011

Bangun Pagi

Salam Ramadhan semua..

Disebabkan sekarang bulan puasa, mesti ramai yang selama ni bangun lambat pun akan jadi bangun awal. Yelah, korang nak bersahur, tak kan tak bangun makan pulak? Lagipun benda nih kan sunat, sangat elok la kalau kita amalkan. Tak susah pun nak amalkan bende nih, sebab rasanye semua orang suka makan kan? Dah alang2 suka makan tuh,bangun lah sahur sekejap walaupun cuma minum segelas air dan sekeping roti. Kan senangggg..

Abu Sa'eed Al-Khudri (raa) the Messenger of Allah (saas) said:

"Sahuur is a blessed meal, do not neglect it even if it is a mouthful of drink. For Allah and the Angels bless those who observe it."
(Ahmed)

Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya,aku pun jenis susah nak bangun pagi. Terima kasih jutaan kali kepada mama dan seluruh keluarga yang tak berputus asa nak kejutkan aku di pagi hari setiap hari. Haha.

Aku terbaca kawan aku post dekat facebook pasal bangun pagi:

Apabila kita bangun setiap hari,tanya pada diri sendiri,kenapa Allah hidupkan kita hari ini? Jawapan yang dicadangkan oleh imam al-Ghazali, kerana dosaku banyak. Allah bagi peluang untuk bertaubat. Sama2 kita renungkan dan amalkan :)

Sedikit terkesan la aku bila baca benda nih. Dosa banyak tapi bila dah dapat peluang setiap hari untuk bangun dari mati, sibuk nak lelapkan mata jugak. Tak sedar2 diri betul. Tidur tu kan mati sekejap, nak sangat ke mati lagi sampai nak tidur je memanjang? Haihhh..
Harap lepas ni menjadi lebih bersemangat untuk bangun pagi dan tidak tidur balik. InsyaAllah..

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa

Salam ramadhan semua..

Pejam celik pejam celik,dah datang bulan Ramadhan kan? Macam baru je raya tahun lepas habis, ni dah puasa balik.. So ade siapa2 yang belum ganti puasa? Kalau ada,terlambat sudah. Silalah buat ape yang patut okay..

So disini, ana ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan2 yang beragama Islam. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh ana, ilti, sahibbik dan semua orang Islam di dunia ini..

Di sini, ana sertakan juga sedikit doa buat panduan semua :)

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

*er rse mcm doa puasa untuk sebulan tu macam salah sikit jer. baca yang malay je la eh? sorry salah share.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas. InsyaAllah..