Sunday, February 12, 2012

Preparation Mid Year Examination

Salam..


Hai korangggg! hee excited bila dapat menaip :D

Tapi tak boleh nak cerita panjangpanjang sebab kesuntukan masa. Again, masa aku sangat limited. Dan ada satu hadis mengatakan bahawa :


"Masa itu ibarat pedang. Kalau kamu tak potong ia, ia akan potong kamu"


Just nak bagitahu yang sekarang sangatlah perlu untuk aku luangkan masa dan bermesra dengan semua buku medic yang ade ni. Esok dah start mid year! Ahhh cuak :'(

 Wish me luck guys! Nak berperang dengan soalan. Haha. Harap semuanya berjalan lancar. Harap aku ingat segala yang aku baca. Harap aku faham semua yang aku belajar. Harap aku dan kawankawan lain semua dapat jawab dengan tenang dan tepat.. InsyaAllah :)

p/s: waktu Tanta, Mesir : 12.30am 12Februari2012

Tuesday, January 24, 2012

Assesment : Anatomy


Salam semua..

Rindunye nak berblog. Rindunya nak menaip dekat sini. Apekan daya, masa semakin suntuk untuk terus melekat dengan kamu je wahai encik blog. Sorry ye..

Sebelum ni kan aku selalu je update ape yang aku buat dekat Mesir ni, sebenarnye kan banyak lagi nak dicerita, tapi tak tahu lah dapat ke tak. Tengok la dulu ye. Walaupun aku tahu tak de siapa pun yang follow and baca semua yang aku tulis ni, tapi aku puas hati bila aku dapat tulis ape yang aku lalui dalam hidup aku ni. Biarlah walaupun aku syok sendiri. HAHA

Ok kali ni nak cerita pasal  Assesment Anatomy.  Ini sebenarnya adalah assement last yang gamaah buat, selepas lagi dua subjek dah buat akhir tahun lepas. Yang lagi dua subjek yang dimaksudkan adalah Histology dan Physiology. Biochemistry tak tahulah bila assesment. Tapi kalau tak de pun bagus. HEHE

So this assesment doesn't go as smooth as i thought. Susah wehhhhh! Benci betul. Yang aku baca dan ulang banyak kali dan fokuskan, dia tak masuk. Yang aku kurang baca dan lepas tangan dan tak ambil peduli, yang tu jugak la nak penuhkan kertas soalan tu. Haihhh. Lepas ni kena fokus semua dah. Jangan ade yang nak di anak tiri kan. Padan muka tak baca semua T.T

Actually, assesment ni 10soalan je. Plus soalan dia format MultiChoiceQuestion (MCQ) je pulak tuh. Tapi buku yang nak dihabiskan adalah tiga buah. Berape ratus muka surat kena cover just untuk jawab 10 soalan MCQ. Ade sampai kawan aku kata dia lagi prefer jawab soalan subjektif walaupun kena tulis jawapan panjangpanjang. Haha. Btw, assesment ni
 akan bawa 5% untuk final exam nanti..


Ceria kan meja study aku? Gambar semua orang yang aku rindu ade depan mata. Haha
Punya lah colourcolour aku hias bagi nak aku bersemangat untuk selalu stick to meja ni dan study dengan smart dan hard nya. Tapi susah sangat nak dapat capai matlamat aku tu. Walaupun susah, tapi aku kena cuba. Harus terus berusaha. Mesti terus berpijak di bumi yang nyata yang aku datang Mesir ni untuk belajar. Belajar menjadi seorang doktor. Belajar menjadi seorang muslimah. Belajar menjadi seorang doktor muslimah  yang baik. InsyaAllah. Harap dipermudahkan jalan dan usaha aku ni :)

Meja ni kena jadi kawan baik aku selama cuti winter 2minggu lepas ni. Sebab naik cuti je terus Midyear exam yang akan bawak 20% untuk final. Aku tak boleh nak mainmain. Jumlah yang aku score midyear ni akan tentukan sama ada aku akan dapat capai Mumtaz macam yang aku nak, sama ada aku dapat sahut cabaran Kak Hawa dan Abang Izz yang nak kamikami AJK tertinggi JomMumtaz dapat top30..

Semoga kesusahan menjawab assesment kali ni menjadi pembakar semangat untuk aku terus berusaha..

p/s : masa mesir, 11.45 malam 23January2012 :)