Tuesday, September 27, 2011

Checklist

Salam semuaaaaa :)

Sihatkah masingmasing? Terasa macam sangat lama tak menulis. Rindu MirazaliE :') Masa menaip ni sebenarnya dah sebulan selepas tarikh sebenar di post. Tapi sebab nak post ikot kronologi peristiwa sebenar, tak de lah post ikot date berkurun blog ni tak di isi. Hee

So nak ceritacerita hal mengemas begbeg untuk bertolak ke Mesir, bakal rumah untuk 6tahun akan datang, InsyaAllah.. So lepas dah lama fikir ape nak dibawa, akhirnye bila dah last minute, barulah siap packing. Itupun dah pagi sebelum bertolak pun ade fikir lagi ape yang patut dibawa or  tak patut. Itu lah kalau dah selalu sangat buat kerja last minute. HAHA. Harap lepas ni boleh buang tabiat buruk ni. InsyaAllah :)

Inilah barangbarang nye:

PAKAIAN:

10 baju kurung - Tu pon banyak lagi yang terpaksa ditinggalkan. Sedihhh
1   jubah           - Bawak yang paling disukai dan selesa dan lawa. Hee
5   t-shirt           - Sebelum bertolak beli berhelaihelai tapi muat sikit je. Tak sukeeeee
5   blouse          - Termasuk 1 yang pakai masa bertolak. Haha
1   labcoat         - Ini wajib bawak wooo
2  seluar slack   - Bawa yang baru dan best. Haha
3  seluar track   - Nak menangis kena tinggal yang lamalama sedapsedap dipakai. Sob2
3  seluar jeans   - Ni pon 1angka tu termasuk yang dipakai masa bertolak.
1  telekung        - Bawak yang mama saya beru belikan. Thanks mama <3
4  tudung bawal - Bawak colour yang mudah matching. Senang hidup. Haha
6  shawl             - Lagi belasbelas helai tu menangis terpaksa ditinggalkan. Waaaaaa :'(
1  selipar           - Senang nak keluar masuk rumah
1  snicker          - Bawak satu je, tu pon yang buat pakai masa berlepas, yang lain tinggal :'(
1 kasut formal   - Bawak sebab dah beli & takut tinatina kena pakai tak de pulak

ALAT TULIS:

1  kotak pensel kayu
1  pencil box
1  pemadam
1  gunting
1  gam
6  highlighter berbeza colour
6  parmenent marker berbeza colour
6  pen merah biru hitam
1  kotak paper klip
1 kotak map pin
1 set kertas colourcolour
1 set sticker note
1 stapler
1 saletap
5 fail pelbagai colour
1 kalkulator
3 pendrive
1 set colour LUNA 36 batang berlainan colour

HIASAN:
3 eyeliner  - Aku pakai ni je, yang blusherblusher semua takde okayyy
1 lipbalm   - Mesir sangat panas dan kering, so ini sangat memerlukan
1 vaseline  - Ini sangat membantu untuk kulit kering
15 brooch - Bawak banyak tapi banyak jugak yang akhirnye tercabut2. Nasib baik banyak spare -.-
3 cincin     - Ni bawak je tapi tak pakai sangat pun
3 rantai     - Ni pun sekadar bawak tapi tak dipakai. Haha
3 jam        - 1adik punya, 1adik bagi & 1ayah punya. Sentimental value punye barang :)
10 gelang  - Semua gelang yang getah tu ye. Saya tak pakai emas. Hee
2 perfume - Setakat dipakai bila badan dah busuk. Bukan nak over ye
1 set johnson baby -  cukuplah dengan lotion, bedak, shampoo & sabun. Bawak kecik punye senang :D

BARANGAN RUMAH:

1 blender
2 paket santan kering
5 paket perencah nasi goreng
1 paket asam jawa
2 paket asam keping
10 paket kecil minuman 3in1 pelbagai rasa
1 paket ajinamoto
1 paket garam

LAINLAIN:
300USD
3 album gambar  - nak tatap wajah merekamereka yang akan dirindui
1 novel               - untuk jadi bahan bacaan bukan akademik. satu je dapat bawak :(
1 al-Quran         - sebagai panduan untuk mendidik diri menjadi seorang yang lebih baik
1 mathurat          - untuk dijadikan amalan. InsyaAllah...
1 kamera            - untuk ambil gambar semua benda dan abadikan kenangan :)
1 handphone       - sebagai alat penghunbung dangan rakanrakan dan keluarga di Malaysia nanti
1 papan panadol - jaminan masa sakit walaupun tak makan pun nanti. Hee
1 bekas vikcs     - ni pun alternatif je, tak pakai pun kot. Haha
         
Okay ni je kot yang aku bawak dalam 1beg sandang, 1luggage & 1kotak. Total dalam 30kg. Area ngamngam yang dibolehkan oleh Gulf Air untuk penumpangpenumpang dia. Padahal sebenarnya banyak sangat lagi barang yang tak dapat dibawak. Contohnya bantal busuk, walaupun bagi orang lain tak penting, tapu sayang kot dengan bende tuh..

Bilik kesayangan yang akan dirindui.
Barangbarang sume dah siap untuk masuk perut kapal terbang.
Bye bilik. Bye teddy bear sayang. Bye semua.
Gonna miss all these so much.
See you in the next 8month, InsyaAllah <3

Friday, September 23, 2011

Birthday aunty

Salam Syawal semua..

Hari ni aku menyambut birthday seseorang. Orang yang sambut birthday hari ni bukanlah kawan aku. As you guys can see, nama tittle pun aunty kan? Haha. Tapi beliau juga bukanlah keluarga aku. Cuma seorang ibu kepada kawan yang rapat dengan aku. So pangkat aunty lah sebab lebih kurang baya dengan mama ku..


Selamat hari jadi aunty,
Happy birthday to you,
Sanah helwah ya ammiti..


Sebenarnya tahun ni 1st time aku dapat nak wish. Sebab tahun lepas belum kenal dan rapat macam tahun ni. Er actually tak la rapat mana, cuma boleh la kalau nak bertanya khabar tuh. Haha. Mulamula kan ingat takut nak kenal dengan aunty nih sebab her son told me that she kind of mum yang garang. Haha. But at the end kitorang kenal jugak. Aku tak brape ingat lah macam mana, maybe berpunca dari aku dan anaknya yang sama kelas dan aunty rajin nak berkenalan dengan kawankawan anak nye.

Tahun ni aunty dah 44tahun. Beliau lahir 23September1967. Betulkankan aku kira? Matematik SPM A+ takkan salah. HAHA :p Harap bila umur aunty bertambah,aunty terus sihat dan bahagia menjalani kehidupan disamping insaninsan tersayang. Harap aunty juga tabah menghadap dugaan hidup dan sentiasa diberkatiNya. Aminnnn..

Bila aku bagitahu mama yang aku wish aunty punya birthday, mama senyum je. HAHAHA. Mama cakap


"untungla aunty rajin nak layan kakak nih. Pandai ye nak bodek aunty tuh. Nak ambil perhatian la tuh. DLL"

Yang DLL tuh tak nak bagitahu sebab nanti korang ingat aku nih gatal sangat. Haha. Apepun aku bersyukur bila kenal aunty yang benarkan aku kawan dengan anak dia dan mama pulak tak kisah anaknye nak rapat dengan kawan lelaki yang sorang nih. Thanks mama. Love youuuuu <3


Apepun dalam hidup nih, dalam sebuah perhubungan, ingat dan amalkan ayat ni :

Treat every person you meet like how you wanna be treated back

Aku tak ingat la ayat dia sebenarnya macam mana, tapi lebih kurang macam nih la. Dalam hidup ni, semua orang nak dilayan dengan baik. Tapi adakah kita melayan semua orang yang hadir dalam hidup seharian kita dengan baik? Hidup ni ade karma. Apa yang kita buat itu yang kita akan dapat balik. Kalau baik perlakuan kita pada hambahamba Allah, baik jugak lah kita akan diperlakukan. Macam tu jugak lah untuk sebaiknya.

Kaitan nye dengan post aku nih, aku berbuat baik dengan aunty ni bukan sematamata sebab aku ingin dia nampak aku sebagai kawan yang baik untuk anaknya. *walaupun ade sikit rasa nak macam tuh. hahahah* . Tapi sebenarnya sebab aku ingin gembirakan  beliau dan tau setiap orang itu layak untuk terima layanan yang baik. Siapa yang tak mahu dirinya untuk di wishkan pada hari lahir? Im doing my best to please everyone heart because when i done that, my heart is pleased :)

Thursday, September 22, 2011

Kembali Terjalin

Salam Syawal semua..

Alhamdulillah.. Itu perkataan pertama yang terpacul di bibir aku bila aku bangun tidur pagi tadi. Mengapa? Pagipagi lagi bila bangun aku dikejutkan dengan berita yang sangat melegakan hati aku, yang sering dilanda gundah sejaksejak nih. Dua burung itu sudah berbaik semula. Mereka sudah boleh berkicauan melodi indah bersama. Mereka sudah boleh berterbangan di dunia mereka semula. Ikatan kebahagiaan mereka kini kembali terjalin !

Alhamdulillah !
Setinggitinggi kesyukuran aku panjatkan kepada yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Terima kasih Ya Allah kerana telah memakbulkan doa ku ini. Aku lah manusia paling bahagia di saat berita ini aku dapat. Terima kasih sangatsangat :') Pagi aku dimulakan dengan perkara yang baik, InsyaAllah hari aku jugak akan berakhir dengan baik. Dan ia memang berakhir dengan baik. Hari ni dapat luangkan masa dengan famili tersayang dari awal pagi sampai tengah malam. Terasa macam hari Sabtu. HAHAHA

Sebab itu orang selalu cakap kita perlu tersenyum di pagi hari kalau nak hari itu menjadi hari yang baik..

p/s; Oh ya Mira, jangan lupa ape yang kau dah bernazar. Pesanan ini bukan lah dengan niat yang buruk, tetapi hanya sebagai peringatan kepada diri sendiri yang mudah alpa. Sekali lagi, terima kasih atas kurniaan Mu untuk ku atas saat yang bahagia ini. Alhamdulillah :')

Wednesday, September 7, 2011

Aidilfitri

Salam Syawal semua !

Sebenarnya hari nih bukan lah 1st Syawal pon, bahkan dah syawal ke sembilan sejak kita semua sambut syawal 30 Ogos hari tuh. Haha sorry lah sebab baru sekarang sempat nak update. Walaupun rasanyer tak de siapa pun nak baca entryentry aku nih :)

So tak mau pendahuluan panjang2, straight pada cerita riangriang raya. Hee. Macam biasa family aku akan balik kampung sehari dua sebelum raya menjelang. Tu untuk tolong nenek, makcikmakcik, pakcikpakcik, dan sepupusepupu dalam buat persiapan hari raya. Banyak la jugak. Aku paling suka part buat ketupat bawang tuh sebab boleh buat sambil tengok tv. HAHAHAHA ;p

Then yang lain2 tuh biasalah kemaskemas rumah, masakmasak juadah untuk raya nanti. Best bila balik kampung awal nih, jalan raya tak la jam sangat, dapat nak berbuka puasa ramairamai, dapat main bunga api puaspuas. Haha
   

Pagipagi raya, selalunyer dah sibuk nak gi surau, TETAPI baju lupa nak gosok malam semalamnyer, so semua family nak rebut iron. Haha. Bila dah siap mandi sunat hari raya, makan juadah sikit, konvoi la ke surau kampung untuk solat sunat hari raya :)
     
          Seronok ade kampung yang memang kawasan kampung sebab suasana raya itu akan lebih terasa :)

Okay bila dah balik dari surau, masingmasing di rumah bermaafan la. Itu yang paling penting sebenarnye kan? Aku start dengan ayah aku, salam beliau, minta maaf, dan kiss pipi beliau *nak kiss pipi siape lagi kalau bukan ayah sendiri kan* haha. Then followed by all my siblings and lastly my beloved mother. Tapi kami punya program nih tak macam orang lain kot. Kami gelakgelak, tak de nangesnanges, maybe tak nak spoilkan hari yang patut happy nih. Actually more to nak kawal ego kann? Hahahahaha

See, senyumsenyum bagai. Mane ade nangesnanges macam dalam drama tuh. Haha :)

Aktiviti wajib, ambil gambar satu family pakai baju raya tema samam which is for this year, PINK BELACAN. Walaupun sebenarnya colour yang kitorang cari tuh tak jumpajumpa. Hahaha. Apepun aku berpuas hati dengan ape yang kitorang ade :)

My happy family. Sweet kan colour tuh? Sukaaaa <3

Selepas tu, bermula la episodepisod mengunjungi rumah sedara mara, sahabat andai, dua pupu dan macammacam kupukupu. Sebenarnya kalau nak tulis start aktiviti kumpul duit raya pon boleh kan? Hahaha.

Er tak tau kenapa dalam pic nih semua orang nampak muram,
padahal masa raya tuh gelak sakan je semua =.=

Raya lagi :)

Masuk hari ketiga, tukar colour baju pulak! Haha. And of course kitorang akan ambil gambar sebab aku yang pegang kamera nih gila ambil gambar. Kalau boleh setiap perkara yang terjadi, aku akan ambil gambar tak kira lah perkara tuh baik ke buruk ke, suka ke duka ke, aku akan ambil sebab gambargambar ni lah yang akan jadi kenangan yang boleh dingat sampai bilabila dan jadi bukti sesuatu perkara itu pernah terjadi :)

Hahhh itulah tema hari kedua. Actually patutnye hijau je, tapi jadi bercampur.
Okay gak bila campur, colourfull :D

Malang tak berbau, Abah tak tengok belakang masa undur kereta,
 terlanggar tiang elektrik -.-

Bagai jatuh ditimpa tangga, kereta kitorang rosak pulak. Gear tak masuk kata abah.
Bayangkan la pakai baju raya lawalawa tapi duduk tepi jalan.
Padan muka sebelum ni ketawakan kereta orang lain yang rosak.

Amek kau balasan! Haha


Abah sibuk nak uruskan hal kereta, anaknye pulak sibuk dengan kamera.
Hahahahah sorry abah :D

Raya kedua,tak de cerita sebab sebok dengan baraan lelaki. Hari raya ke empat pulak, tiba giliran baraan perempuan. Korang tau maksdud baraan tak? Baraan ni amalan orang jawa, macam orangorang kampung aku lah. Penduduk kampung akan berkumpul ramairamai dan akan berkonvoi dari satu rumah ke satu rumah yang lain dengan naik motorsikal atau basikal. Best tauuuuu!
Ni baraan perempuan, so of course yang ade semua perempuan. Ramai kann? Haha

See? Ramai betol. Tapi ni sebenarnya tak cukup ramai. Haha


Eh makcik nihh. Haha gaya macam susah sangat bawak adik kecik 3tahun tu naik motor ikot baraan :p

Sooooo, habislah aktiviti beraya. Raya keempat, baliklah kami sekeluarga ke rumah. Lepas settle segala hal baraan, kemaskemas, kami pun bersiap nak balik. Sedih jugak aku rasa sebab lepas nih tak tau bila lagi nak balik kampung jumpa nenek datuk makcik pakcik dan adikadik sedara tuh memandangkan lepas nih dah nak ke Mesir. Harap ade umur yang panjang. Harap seminggu kami balik ni bukan yang terakhir punya pertemuan. InsyaAllah..

 Nenek tersayang. Panggilan jawa, embah.
"embah,ira sayaaaaaaaaaang embah sangat!"
Beliau bagi aku sedikit duit untuk aku guna masa di Mesir nanti. Jumlah tu memang tak cukup untuk nak guna 6tahun, tapi bila orang kampung macam nenek aku sendiri nak hulur duit dengan harapan dapat membantu aku di negara orang tuh nanti, hati jadi terharu sangat. Sebak, beliau nangis masa hulur tuh, sambil tertanyatanya bila beliau dapat jumpa aku lagi. Betapa tertunjuknya beliau sayang aku. Masa tu Allah je tau sedihnya hati nak tinggalkan embah aku ni. Moga panjang umur kami berdua dan ade rezeki untuk berjumpa lagi. InsyaAllah..

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi rumah kesayangan kami. Sampai di rumah, angkut keluar semua barang dari bonet kereta, pastu ape lagi, tidurlah semua kepenatan. Haha

Last but not least, Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua kawankawan guruguru sedaramara pakcikmakcik dan semua umat Islam di muka ini. Sorry untuk segala salah silap, harap kalau ade yang terkurang atau terlebih tu, halalkan la ye. Tapi kalau rasa tak nak halalkan, minta lah dengan aku yer :)