Sebelum ape2,korang tau tak
Tanta tu kat mana? Bagi yang tau,baguslah. Tapi aku rasa mesti ade yang tak tau. Sebab masa mula2 aku dengar word tu pun, aku cam blur gila. Kan kantoi Geografi lemah. Haha.
Okay Tanta ni terletak kat bumi
Mesir. Aku cakap aku akan pergi Tanta ni bukan untuk melancong or ape2, tapi untuk
sambung belajar sebagai student
medic dekat sana. Pergh macam jauh je en? Memang la kat Malaysia pun banyak tempat sediakan pengajian perubatan. Tapi aku rasa nak cari pengalaman baru di tempat baru bersama kenalan2 baru. Semua baru la senang.
Eh tapi jangan ingat aku nak lupakan yang aku sedia ade sekarang, yang lama itu akan kekal di hati, cuma sementara ade kudrat dan mampu segala benda, rasa eloklah aku nak menjejakkan kaki di negara Islam tu, menimba ilmu and pengalaman yang jauh lebih berharga, ye itu yang aku harapkan.
Aku cakap ni bukan main2 sebab aku memang dah dapat
surat tawaran. Kalau tak percaya,tengok ni ye:
Masa abah bagi aku surat ni, memang aku speechless gila ah. Macam tak percaya je yang aku memang akan pergi sana. Dapat tawaran belajar tu memang aku happy la, tambah2 offer dari oversea woah. Tapi akan jauh dari family buat aku sedih. Huhu
Mesti macam berbeza gila suasana Malaysia and Mesir. Aku tertanya2 jugak. Bila aku bukak facebook medicmesir, dapat jawapan dari kawan2 yang rajin buat research. Diorang banyak cari info pasal course yang diorang mau amek nanti, pasal tempat2 yang diorang akan pergi. Aku yang jenis rajin stalk page orang ni pun kumpul je la info yang diorang share. One of it dari 'http://www.tanta.edu.eg/en/uni%20albume.htm' . Thanks guys :)
University Administration
University Hospital
Complex Medical
Aku pilih nak pergi Tanta sebab dengar cerita dia ni macam suasana kekampungan sikit, so aku expect tak banyak bunyi,sunyi so macam selesa nak study tanpa gangguan benda2 serabut yang selalu ade dekat bandar. Tapi dari segi tengok2 gambar macam bandar jugak, maju je. Haha. Plus sebab aku pilih Tanta is sebab dia satu2nya Universiti dekat Mesir yang bagi student2 lunch free. FREE! Kau bayang la orang gila punya kuat makan macam aku bila dapat makanan free yang nasi and lauk penuh sepinggan, tak kan mau tolak? Hahahahahaha
Ye diorang tak semalas aku. Sebab tu diorang dapat banyak info yang aku tak tau. MIRA, seriously kau kena ubah diri jadi rajin weh -.-
Result SPM aku boleh tahan teruk la,so aku bersyukur dapat tawaran ni. Alang2 aku belum buat entry pasal result SPM, buat jelah sekarang walaupun 23MARCH2011, tarikh keramat tu dah lama sangat lepas. Haha.
2A+ 2A 2A- 1B+ 2B 1C+
Dengan usaha keras abah, usahakan cari pusat pengajian terbaik dengan bayaran yang termurah. Oh ya,lupa nak cakap,yuran pengajian kat Mesir antara yang termurah di dunia. So kalau korang rasa yuran dia macam mahal, yang lain2 lagi mahal.
Nasib baik jugak jumpa agent yang betul2 bagus. Sebab ade budak2 yang pergi dengan agent lain cakap, agent dorang tak sebagus medicmesir yang aku amek ni. Untuk maklumat lanjut,tengok blog ni:
http://www.medicmesir.com/
Oklah,tu sahaja. Oh ya,kawan2 yang akan pergi Tanta jugak,saya sudah follow blog anda yang saya dapat hasil dari kerja2 stalk saya. So follow2 kan la balik. Ini memang contoh budak tak malu. HAHA -.-